Now Reading
Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak

Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak

Kanak-kanak lelaki itu mengikut segala pergerakan ibunya yang sedang solat sambil memegang payung supaya tidak terkena hujan.

Lebih 13 Juta Tontonan, Klip Video Tular Anak Payungkan Ibu Ketika Solat Undang Sebak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dikurniakan anak yang baik adalah satu rezeki daripada Allah SWT.

Dalam agama Islam, kita sebagai anak diajar untuk berbakti kepada ibu bapa selepas mereka banyak berkorban menjaga kita sejak dari kecil sehingga sudah menjadi dewasa dan mempunyai kerjaya serta keluarga sendiri.

Tidak kiralah sesibuk mana anda sekalipun dengan kerja, kebajikan orang tua perlu sentiasa menjadi keutamaan.


Anak Kecil Payungkan Ibu Yang Sedang Solat Di Bawah Hujan

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@n0tyouhabibtii), tindakan seorang kanak-kanak lelaki dilihat telah menyentuh hati ramai netizen.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, kanak-kanak lelaki berkenaan telah memayungkan seorang wanita dipercayai ibunya yang sedang menunaikan solat di kawasan terbuka masjid dalam keadaan hujan.

Setiap pergerakan solat ibunya dari rukuk sehingga sujud, dia sedaya upaya cuba untuk melindungi ibunya daripada terkena hujan meskipun dirinya sendiri sudah basah kuyup. Kalau ibunya berdiri atau duduk, dia pun ikut sama.

Sebak pula tengok video ini. 😭

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 13 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Netizen Sebak Tengok Aksi Kanak-kanak Payungkan Ibu Ketika Solat Dalam Hujan

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan kata-kata positif mendoakan agar kebaikan anak kecil itu diberikan ganjaran pahala yang besar.

Malah, ramai juga meluahkan rasa sebak selepas melihat video berkenaan kerana terharu dengan kesetiaannya untuk memayungkan ibunya yang sedang beribadah di perkarangan masjid ketika hujan.

Sementara itu, ada juga netizen yang memuji cara didikan ibu bapa tersebut kepada anaknya selepas melihat kebaikan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu kepada ibunya.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk berpeluang membahagiakan serta menjaga ibu bapa kita selagi mereka masih bernyawa.

Ingatlah, tanpa doa dan sokongan daripada ibu bapa, kita tidak mampu untuk mencapai kejayaan yang diberkati di dunia dan akhirat.

BACA JUGA: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

BACA JUGA: [Video] Bapa Sanggup Tunggu Anak Depan Pejabat Setiap Hari Untuk Makan Bersama

BACA JUGA: [Video] Ayah Sebak Tengok Anak Perempuan Tamat Belajar Sampai Tak Henti Keluar Air Mata


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd