Now Reading
“Kek Tercantik Bagi Ramadan” – BBC Temu Bual 2 Pembuat Kek Lapis Sarawak Di Malaysia

“Kek Tercantik Bagi Ramadan” – BBC Temu Bual 2 Pembuat Kek Lapis Sarawak Di Malaysia

Dua pembuat kek tempatan, Sharifah Zainon dan Karen Chai telah ditemui oleh pihak BBC pada pertengahan Februari lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kek lapis Sarawak merupakan salah satu makanan istimewa yang terkenal di negeri Bumi Kenyalang itu. Kek ini menjadi antara hidangan utama ketika perayaan termasuk Hari Raya, Krismas dan Hari Gawai di Sarawak.

Baru-baru ini, media British BBC telah menemu bual dua orang pembuat kek lapis Sarawak, Sharifah Zainon (Seri) dan Karen Chai, kedua-duanya berasal dari Sarawak.

Pihak BBC telah menemui mereka pada pertengahan Februari di studio memasak masing-masing di Kuala Lumpur. Mereka ketika itu sudah mula sibuk menyiapkan tempahan bagi hari raya.

Sharifah Zainon (Sumber: @hangrywanderluster/ Instagram)
Karen Chai (Sumber: Rojak Daily/ Facebook)

Kedua-dua Pembuat Kek Adalah Bekas Jurutera

Apa yang lebih menarik lagi, kedua-dua individu berbakat ini sebenarnya merupakan bekas jurutera.

Penulis BBC berkata, dia merasakan proses penghasilan kek lapis adalah seperti menjalankan eksperimen sains.

Chai sebelum ini telah mempelajari seni pastri dari Le Cordon Bleu di Paris. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk memberi fokus kepada kek lapis merupakan resipi ibunya setelah pulang ke Malaysia.

Sumber: @kitchen_confidante/ Instagram

Sejarah Kek Lapis Sarawak

Untuk makluman, kek lapis sebenarnya mula-mula tiba di Sarawak dari negara jiran Indonesia.

Pada pertengahan kurun ke-19, penjajah Belanda telah memperkenalkan ‘spit cake’ di Batavia (kini Jakarta). Masyarakat Indonesia kemudiannya menambah rempah ratus tempatan seperti kayu manis dan bunga cengkih, menghasilkan lapis legit.

Sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, orang Betawi telah ke Sarawak dan membawa bersama lapis legit atau kek Betawi. Penduduk Sarawak seterusnya menghasilkan variasi baharu kek lapis dengan menambah bahan-bahan, rasa dan warna lain.

Lapis legit juga dikenali sebagai kek seribu lapis. (Sumber: Baking World Media)

Pembuatan Kek Lapis Boleh Ambil Masa Sehingga 8 Jam

Bagi yang pernah membeli kek lapis ini, pasti tahu harganya adalah agak mahal berbanding kek biasa.

Ini kerana ia harus dibuat selapis demi selapis dan boleh memakan masa sehingga lapan jam lamanya, selain menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi.

Ia dihasilkan dengan menambah lapisan nipis adunan satu demi satu yang dibakar selama beberapa minit setiap kali. Kek ini biasanya mempunyai sekurang-kurangnya 12 lapisan kek, tetapi ia boleh mencecah sehingga 20 lapisan mengikut kepada coraknya.

Untuk menghasilkan corak yang kompleks, kek yang telah siap akan dipotong menjadi jalur dan dicantumkan dengan kepingan kek lain menggunakan jem atau susu pekat.

Di samping itu, Seri turut menghasilkan lukisan batik pada bahagian atas kek lapisnya.

Batik adalah tradisi Malaysia. Begitu juga kek lapis. Saya suka gabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan versi baharu ini.

Pembuat kek lapis, Seri
Seri turut mengadakan kelas membuat kek lapis Sarawak. (Sumber: @lapisbyseri/ Instagram)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd