Now Reading
“You Tahu Ini Tempat Umum, Kenapa Bawa Anjing?” – Lelaki Ini Herdik Orang Awam Gara-gara Bawa Anjing Ke Dobi

“You Tahu Ini Tempat Umum, Kenapa Bawa Anjing?” – Lelaki Ini Herdik Orang Awam Gara-gara Bawa Anjing Ke Dobi

Seorang lelaki dilihat memarahi individu lain di dobi dan menjelaskan haiwan seperti kucing boleh dibawa masuk ke dobi manakala anjing dan babi tidak dibenarkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat korang yang membela haiwan peliharaan di rumah, pasti akan rasa sedih setiap kali nak tinggalkan mereka semasa mahu keluar.

Jika dilihat menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat tinggal, confirm akan rasa serba salah tengok haiwan ini bermain sendirian.

Kalau boleh, nak bawa sekali peneman kesayangan ini ke mana-mana. Siap ada yang mengangkut haiwan peliharaan berjalan menaiki kereta. Ambil angin kononnya!


Lelaki Marah Pengguna Dobi Gara-gara Bawa Anjing

Baru-baru ini seorang pengguna laman X (Twitter @nanmanjoi8715) telah berkongsi satu ciapan yang menyaksikan insiden perbalahan di antara pemuda berbangsa Cina dan lelaki Melayu di dobi layan diri sekitar Krubong, Perdana, Melaka.

Dalam video tular tersebut, seorang pemuda telah dimarahi oleh individu lain yang turut berada di tempat sama kerana membawa anjing peliharaannya ke dalam dobi.

Anjing berkenaan diletakkan di dalam bakul baju, sementara pakaiannya selesai dicuci.

Namun individu yang membawa anjing itu berasa tidak puas hati kerana mendakwa ada juga orang lain yang membawa haiwan peliharaan ke tempat berkenaan.


Pemuda Bawa Anjing Ke Dobi Kerana Tiada Sesiapa Yang Boleh Jaga

Lelaki yang berang itu kemudian menekankan bahawa individu lain hanya membawa kucing dan bukannya anjing.

Dia juga dilihat sedang mempersoalkan mengapa pemuda berbaju hitam itu perlu membawa anjingnya ke tempat umum sedangkan boleh diletakkan di dalam kereta atau ditinggalkan di rumah.

“You tahu ini tempat umum, bawa masuk anjing kenapa,” ujarnya lagi.

Pemuda berbaju hitam itu menjelaskan bahawa tidak ada sesiapa di rumah yang boleh memantau serta menjaga haiwan peliharaannya.

Tidak menerima alasan yang diberikan olehnya, lelaki yang sedang marah berkata bahawa anjing dan babi dilarang berada di premis itu, manakala kucing dibenarkan.


Orang Ramai Bimbang Lihat Lelaki Selamba Bawa Anjing Ke Premis Umum

Menjengah balasan di ciapan tersebut, orang ramai menegaskan bahawa semua jenis haiwan seperti anjing mahupun kucing tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di dalam premis itu.

Ada juga yang memberikan peringatan kepada orang awam supaya berhenti melakukan perkara sedemikian bagi menjaga kebersihan pihak lain.

Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang info tentang bagaimana perbahalan antara dua pihak ini diselesaikan.

Warganet bagaimanapun meminta garis panduan jelas dan penguatkuasaan yang lebih ketat bagi mengelakkan konflik sama pada masa hadapan.

Insiden ini sedikit sebanyak telah menimbulkan kebimbangan orang ramai tentang dasar membawa haiwan peliharaan ke premis dobi.

Untuk makluman, pihak pengurusan dobi masih tidak membuat sebarang kenyataan umum berhubung kejadian berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Cuci ‘Playpen’ Bayi Di Dobi Hingga Jadi Punca Pintu Kaca Mesin Basuh Pecah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Dihampiri Anjing Di Kawasan Terbuka Undang Kerisauan Warganet

Baca Artikel Berkaitan: “Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut

Sumber: X (Twitter @nanmanjoi8715)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd