[Video] Kanak-kanak Dihampiri Anjing Di Kawasan Terbuka Undang Kerisauan Warganet
Bukan apa, tak salah nak bawa tapi pastikan sentiasa pasang tali (leash) supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sebuah klip video pendek di aplikasi TikTok baru-baru ini telah mula viral apabila video tersebut menunjukkan seekor anjing milik perempuan berbangsa cina telah berkeliaran dan menghampiri kanak-kanak di kawasan terbuka.
Menerusi video tersebut, kanak-kanak yang berada di taman rekreasi itu dilihat sedang bermain dan berguling-guling di atas rumput taman.
Tidak lama kemudian, seekor anjing telah menghampiri kanak-kanak berbangsa melayu itu dengan begitu pantas sehingga dia tidak sempat untuk melarikan diri.
Kesian adik tu, mesti terkejut. Tapi tak sempat berbuat apa-apa.
Nasib baik tak digigit. Mungkin anjing tu nak ajak ‘bermain’ je.
Warganet bukan beragama Islam luah pendapat
Susulan tularnya video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @queeniejasia itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai juga individu bukan islam turut memberikan pendapat mereka tentang isu membawa anjing ke tempat awam ini.
Bukan apa, tak salah nak bawa tapi pastikan sentiasa pasang tali (leash) supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.


Ramai di luar sana yang tak boleh dan diharamkan untuk menyentuh haiwan ini, kalau dah tersentuh nanti satu hal pula.
Anjing tu nak ‘tolong’ je
Jika dilihat kembali, anjing itu seakan-akan ingin membantu kanak-kanak tersebut untuk tidak terguling sehingga masuk ke dalam tasik berdekatan.
Anjing kan sebenarnya haiwan yang suka melindungi, dan ada juga yang jinak dan manja.


Tapi apa-apa pun, diharapkan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi.
Nak bawa anjing boleh, tapi pastikan sentiasa ikat apabila berada di tempat awam seperti taman rekreasi atau tasik.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.





