Now Reading
“Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut

“Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut

Doktor menjelaskan keadaan kucing tersebut tidak berbahaya namun perlu dicukur ‘lioncut’ kerana cat berwarna ungu telah melekat pada kulitnya.

kucing cat purple

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang mempunyai kucing di rumah, pasti akan timbul rasa sayang lebih-lebih lagi kalau anda sudah menjaganya dalam tempoh lama.

Bukan itu sahaja, kucing jugalah yang selalu menjadi peneman ketika anda sedang berasa sepi atau keseorangan.

Walaupun kucing selalu tidak mempedulikan anda, tetapi haiwan comel tersebut yang mampu mengukir tawa apabila sedang dalam kesedihan.


Kucing Putih Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Bertamadun

Baru-baru ini tular satu ciapan di laman X (Twitter @twttaca), apabila wanita dikenali sebagai Taca meluahkan rasa geram terhadap individu yang tergamak mengecat seekor kucing menggunakan cat berwarna ungu pada seluruh badan termasuk mukanya.

Dalam perkongsian video berkenaan, kucing yang pada asalnya berwarna putih itu dilihat sedang menggaru badannya di atas simen seolah-olah sedang berasa gatal dan tidak selesa dengan cat tersebut.

Oleh kerana tidak sampai hati melihat keadaan haiwan itu, rakan kepada Taca telah membawa kucing tersebut ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sumber: X (Twitter @twttaca)

Menurut Taca, kucing comel itu dijumpai sekitar Mahallah Ali Abi Talib (IIUM), Kuala Lumpur.


Kucing Kena Cat Terpaksa Dicukur Bulu & Dimandulkan

Setelah membawa kucing tersebut ke klinik haiwan, doktor menjelaskan keadaan kucing tersebut tidak berbahaya namun perlu dicukur ‘lioncut’ kerana cat berwarna ungu telah melekat pada kulitnya.

Menurut doktor, cat ungu itu juga telah melekat di lidahnya kerana tindakan kucing itu yang menjilat bulu untuk menghilangkan cat pada badannya.

Sumber: X (Twitter @twttaca)

Pada masa yang sama, doktor memberi cadangan untuk memandulkan kucing berkenaan untuk mengelak sebarang risiko yang membahayakan berlaku.

Dengan hasil kutipan derma yang diperoleh daripada orang ramai, gadis ini berjaya mengumpul sejumlah RM1,361.75 bagi membayar kos rawatan kucing di klinik berkenaan.

Taca turut menjelaskan bahawa baki duit dermaan akan digunakan untuk merawat kucing lain yang memerlukan dan bakal dikongsi di akaun Instagram (@iiume0w).


Nak Bela Kucing Jalanan Tapi Tidak Pasti Perlu Buat Apa?

“Adopt don’t shop” adalah ungkapan yang sering digunakan oleh pencinta haiwan di luar sana. Mana tidaknya, anda boleh lihat sendiri sudah banyak kes haiwan jalanan terbiar seperti anjing dan kucing.

Kalau anda berhasrat untuk membela kucing jalanan yang dijumpai di mana-mana, di sini kami kongsikan beberapa petua yang boleh digunakan semasa dalam situasi ini. Antaranya:

1. Pastikan Kucing Tidak Mempunyai Tuan

Walaupun anda teruja untuk membela kucing, namun perlu diingatkan untuk memastikan kucing tersebut tiada tuan.

Walaupun tiada cara yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah ini, tapi anda boleh bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang berhampiran dengan kucing tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sumber: Pexels

2. Pakai Sarung Tangan Untuk Angkat Kucing Jalanan

Kenapa penting untuk menggunakan sarung tangan? Anda perlu tahu bahawa kucing terbiar berkemungkinan menghidapi penyakit berbahaya yang tidak diketahui.

Salah satu penyakit yang biasa dihidapi oleh haiwan jalanan adalah penyakit Rabies yang juga boleh dijangkiti oleh manusia.

Anda juga boleh perhatikan beberapa gejala yang boleh dikenal pasti menerusi kucing tersebut seperti kelesuan, agresif dan kekejangan.

Jika anda telah digigit, bersihkan luka menggunakan sabun serta air bersih dan berjumpa dengan doktor dengan kadar yang segera.

Sumber: Wag/Camden County

3. Jauhkan Kucing Jalanan Dengan Kucing Di Rumah

Kucing jalanan berisiko menghidapi penyakit yang boleh berjangkit kepada kucing kesayangan anda di rumah.

Ini kerana kucing ini telah terdedah dengan pelbagai jenis bakteria dan virus yang merebak di jalanan.

Sekiranya kucing tersebut dalam kelihatan tidak sihat dan bermaya, adalah disarankan untuk ke klinik veterinar terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan dari pihak profesional.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Elmina: Kucing Oyen Jadi Mangsa Terakhir Yang ‘Pergi’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Keluar Muntah Darah, Disyaki Ada Individu Tidak Dikenali Berdendam

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka

Sumber: X (Twitter @twttaca) | Wiki How


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd