Now Reading
“Kenapa Tak Bawa Ke Vet Kerajaan?” – Individu Dedah Pengalaman Bawa Haiwan Ke Vet Kerajaan

“Kenapa Tak Bawa Ke Vet Kerajaan?” – Individu Dedah Pengalaman Bawa Haiwan Ke Vet Kerajaan

Antara perkara yang menyukarkan haiwan peliharaan dibawa ke vet kerajaan adalah waktu operasi hanya dua hari di sesetengah tempat dan keperluan membuat janji temu terlebih dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pencinta haiwan, sudah tentu biasa membawa mereka ke klinik haiwan atau vet. Di Malaysia, bukan sahaja terdapat vet swasta, tetapi juga vet kerajaan yang digelar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Pasti korang pernah terjumpa hantaran oleh penyelamat haiwan jalanan yang meminta sumbangan bagi membawa mereka ke klinik haiwan. Mungkin korang tertanya-tanya mengapa mereka tidak membawa haiwan ke vet kerajaan sahaja yang dianggap lebih murah.

Seorang pengguna laman X (@ansonis37) berkongsi pengalamannya membawa haiwan peliharaan ke vet kerajaan.


Perlu Lakukan Janji Temu Dahulu

Menurutnya, haiwan peliharaan hanya boleh dibawa ke vet kerajaan jika telah melakukan janji temu terlebih dahulu. Perkara ini bermakna haiwan tidak boleh dibawa ke vet kerajaan dalam keadaan kecemasan.

Selain itu, vet kerajaan dikatakan tidak mempunyai pembantu vet yang ditugaskan bagi membantu doktor haiwan. Kerana itulah vet kerajaan menggunakan sistem janji temu supaya doktor dapat membahagikan masanya.

Malah, jika ada kecederaan serius, haiwan peliharaan yang dibawa ke vet kerajaan akan diminta bawa ke vet swasta.

Hal ini adalah kerana mereka tidak mempunyai peralatan dan mesin yang mencukupi seperti sinaran X untuk merawat kecederaan itu.


Sesetengah Vet Kerajaan Hanya Dibuka Dua Hari Seminggu

Anson juga mendakwa bahawa terdapat vet kerajaan yang beroperasi hanya dua hari dalam satu minggu, iaitu pada hari Ahad (separuh hari) dan hari Rabu.

Perkara ini dipersetujui oleh seorang pengguna laman X lain yang berkata JPV akan melawat haiwan ternakan di ladang pada hari-hari lain dan tidak dibuka bagi haiwan peliharaan.

Bayangkan kalau haiwan peliharaan korang mengalami kecederaan serius, tak akan nak tunggu vet kerajaan dibuka baru nak dapatkan rawatan.

Diingatkan juga bahawa janji temu perlu dilakukan terlebih dahulu dan tidak dijamin bahawa janji temu boleh ditempah bagi tarikh dan masa terawal.

Pendek kata, vet kerajaan bukan pilihan yang bagus untuk kes-kes keselamatan.


Harga Rawatan Di Vet Kerajaan Tidak Terlalu Murah

Di samping itu, Anson berkata terdapat tanggapan bahawa vet kerajaan adalah seperti Klinik Kesihatan yang mengenakan bayaran RM1 sahaja.

Sebenarnya, harga yang ditawarkan oleh vet kerajaan tidaklah begitu murah memandangkan tiada subsidi yang diberikan kerajaan. Namun begitu, servis yang ditawarkan rata-ratanya pada harga lebih murah berbanding vet swasta.

Sebagai info, pembayaran di vet kerajaan hanya boleh dilakukan menggunakan wang kertas dan tidak menyediakan pemindahan dalam talian.


Servis Yang Ditawarkan Terhad

Kalau korang nak bawa haiwan peliharaan untuk dimandulkan, servis ini hanya dijalankan di sesetengah vet kerajaan.

Servis yang ditawarkan oleh vet kerajaan terhad dan mengikut kepada kawasan. Berikut merupakan servis yang ditawarkan:

  • Pemandulan haiwan
  • Vaksinasi
  • Rawatan cacing
  • Rawatan umum seperti demam dan selesema

Dalam pada masa yang sama, seorang pengguna laman X berkata vet kerajaan di Sarawak yang dilawatnya tidak menerima kucing walaupun untuk vaksin sekalipun.

Sebaliknya, vet tersebut hanya menerima anjing-anjing yang besar dan haiwan lain terpaksa dibawa ke vet swasta.

Sumber: @ansonis37


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd