Now Reading
“Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka

“Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, kucing boleh mengalami tekanan dan trauma kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh secara dekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Di Malaysia, haiwan dan binatang liar merupakan antara hidupan yang dijaga dan dilindungi oleh kerajaan serta organisasi bukan kerajaan (NGO).

Bahkan kebanyakan rakyat di negara ini juga amat mencintai haiwan seperti kucing, anjing dan sebagainya.

Oleh itu, jika berlakunya sebarang kekejaman atau salah laku terhadap haiwan terbabit, pasti orang ramai akan memandang serius dam mengecam tindakan si pelaku.

Aaron Aziz letak ular sawa atas sangkar kucing, raih perhatian ramai

Seperti baru-baru ini, media sosial hangat memperkatakan mengenai tindakan pelakon terkenal, Aaron Aziz yang meletakkan seekor ular sawa besar di atas sangkar kucing ketika melakukan ‘live’ menerusi aplikasi TikTok.

Susulan itu, Persatuan Haiwan Malaysia telah memberi teguran serta meminta pelakon berusia 47 tahun itu agar lebih peka dan sensitif dalam mengendalikan media sosial terutamanya apabila melibatkan haiwan domestik dan haiwan liar.

Menurutnya, aksi yang dilakukan oleh Aaron Aziz itu boleh mendatangkan kesan buruk terhadap emosi kucing memandangkan ular dan haiwan terbabit adalah dua entiti pemangsa dan mangsa.

Kucing boleh alami tekanan dan trauma melampau

Jelasnya, perbuatan sedemikian boleh mengakibatkan kucing mengalami tekanan dan trauma melampau kerana berasa terancam apabila melihat dan bau musuh secara dekat.

Aaron Aziz mungkin tidak memahami bahawa negara Malaysia mempunyai Akta Kebajikan Haiwan 2015 seliaan Jabatan Kebajikan Haiwan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang melindungi haiwan domestik seperti kucing daripada didedakan dengan bahaya seperti terkandung dalam 5 Elemen Kebajikan Haiwan iaitu mengelak daripada haiwan peliharaan daripada bahaya dan ketakutan melampau.

Persatuan Haiwan Malaysia

Hidupan liar seperti ular sawa harus mempunyai lesen untuk dipelihara

Menurutnya lagi, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 di bawah Perhilitan Malaysia pula menetapkan setiap haiwan liar seperti ular sawa perlu mempunyai lesen untuk dibela atau melakukan sebarang aktiviti seperti persembahan atau tayangan umum di media sosial.

Kesemua undang-undang haiwan yang dirangka di Malaysia ini adalah untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan kehidupan haiwan sama ada domestik atau liar terpelihara sesuai ketamadunan negara yang menuju ke arah kemajuan minda kelas pertama.

Persatuan Haiwan Malaysia

Di akhir perkongsian, Persatuan Haiwan Malaysia juga berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang dan perlu diperbaiki segera.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter juga mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan pelakon KL Gangster itu.

https://twitter.com/itsybitsymin/status/1655830333005365249?s=20
https://twitter.com/inderasakti_kl/status/1655750572346331137?s=20

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd