Now Reading
Pelanggan Cuci ‘Playpen’ Bayi Di Dobi Hingga Jadi Punca Pintu Kaca Mesin Basuh Pecah

Pelanggan Cuci ‘Playpen’ Bayi Di Dobi Hingga Jadi Punca Pintu Kaca Mesin Basuh Pecah

Serpihan kaca yang telah pecah dari pintu mesin basuh itu dipercayai telah berterbangan di sekitar premis dobi di Canberra Crescent, Singapura itu.

pintu dobi pecah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesetengah individu lebih memilih untuk membasuh pakaian mereka menggunakan perkhidmatan dobi layan diri yang dilengkapi dengan mesin basuh serta pengering.

Mungkin faktor cuaca yang kerap hujan juga menyebabkan ada segelintir masyarakat memilih dobi sebagai tempat untuk menguruskan pakaian mereka.

Tetapi ingat ya, nak guna dobi layan diri ini ada peraturannya.


Pintu Mesin Basuh Di Dobi Layan Diri Pecah Kerana Didakwa Ada Objek Keras

Terbaharu, sebuah premis servis perkhidmatan dobi layan diri di Blok 120 Canberra Crescent, Sembawang, Singapura bertukar kecoh apabila satu kejadian tidak diingini berlaku.

Sebuah mesin basuh dilihat mengalami kerosakan apabila pintunya telah pecah dan menyebabkan air sabun tertumpah ke bahagian lantai premis tersebut.

Namun begitu, mesin basuh itu tetap berfungsi apabila beberapa pakaian di dalamnya dilihat masih berpusing-pusing sehingga terkeluar dari mesin berkenaan.

Memetik sumber Mothership, pemilik dobi itu memberitahu bahawa seorang lelaki dan wanita didakwa telah memasukkan sebuah ‘playpen’ ke dalam mesin basuh sebelum ia menjadi punca pintu kaca mesih tersebut pecah.

Sumber: Mothership

Saksi Kejadian Sempat Rakam Situasi Di Dalam Dobi

Menurut seorang saksi, dia sempat merakam situasi kekecohan yang berlaku di dalam dobi tersebut.

Jelasnya, bunyi kuat daripada pintu kaca yang pecah membuatkan dia terkejut mendengarnya sebelum memeriksa insiden yang berlaku.

Air sabun di dalam mesin basuh dilihat telah membasahi lantai dan serpihan kaca turut berterbangan kerana mesin yang menampung muatan 16 kilogram masih berfungsi seperti biasa walaupun pintunya mengalami kerosakan.

Nasib baik waktu itu adalah waktu makan tengah jadi tiada sesiapa berada di sekitar mesin tersebut.

Saksi.

Pada awalnya, saksi menyangka sebuah ‘stroller’ yang berada di dalam mesin basuh itu. Namun dia kemudiannya mendapati ia adalah sebuah ‘playpen’ bayi.

@8world.news

一对夫妇疑似将婴儿床护栏放进自助洗衣店的洗衣机里清洗,导致洗衣机玻璃爆裂,肥皂水流满一地。#新加坡 #sgnews #8worldnews #8视界新闻网 #misterwash #washingmachine

♬ original sound – 8视界新闻网 – 8视界新闻网

Pasangan Ibu Bapa Minta Saksi Padam Video Yang Dirakam

Tidak lama selepas itu, pasangan lelaki dan perempuan yang memasuki premis dobi cuba untuk menutup suis mesin basuh tetapi tidak berjaya.

Pasangan berkenaan juga meminta saksi untuk memadam video yang dirakamnya.

Saya ada bagitahu dia yang bahaya masukkan stroller ke dalam mesin basuh, tetapi wanita tersebut membetulkan saya dengan memberitahu bahawa ia hanyalah ‘playpen’ bayi.

Saksi.

Keadaan menjadi lebih membahayakan apabila beberapa pengguna terdiri daripada golongan sudah berumur berada di dalam premis. Malah, saksi juga sedang membawa bayinya bersama pada ketika itu.

Memang betul-betul menakutkan. Serpihan kaca berterbangan di merata tempat. Kalau ada yang tercedera terkena mata atau terpotong salur darah, cukup bahaya. Saya berharap insiden seperti ini tidak berlaku lagi.

Saksi.

Pasangan ibu bapa dan pemilik dobi dipercayai telah berbincang untuk membayar semula nilai ganti rugi yang telah berlaku.

Buat masa ini, premis dobi layan diri itu masih dibuka seperti biasa kepada pengguna yang lain.

Sumber: Mothership


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd