Now Reading
Pelanggan Dakwa McDonald’s Caj RM10.60 Untuk 10 Paket Sos Cili

Pelanggan Dakwa McDonald’s Caj RM10.60 Untuk 10 Paket Sos Cili

Resit pembayaran menunjukkan pelanggan berkenaan perlu membayar RM1.06 bagi setiap paket sos cili tambahan sehingga berjumlah RM10.60.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, sebuah cawangan restoran makanan segera McDonald’s di Alor Gajah, Melaka telah menerima kecaman dari orang ramai kerana didakwa telah mengenakan bayaran kepada pelanggan yang meminta sos cili tambahan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Saiful Adly Abdul Wahab), dia meluahkan rasa tidak percaya dan kecewa selepas dikatakan perlu membayar RM10.60 untuk 10 paket cili sos tambahan.

Pada mulanya, dia agak pelik dengan bayaran yang dikenakan itu. Ini kerana kebiasaannya pelanggan McDonald’s di Malaysia boleh meminta sos tambahan secara percuma.

Dalam hantaran yang sama, pelanggan tersebut juga mengecam tindakan restoran makanan segera itu kerana didakwa mengenakan bayaran ketika harga barangan keperluan sedang meningkat.

Pengguna Facebook berkenaan turut memuat naik resit sebagai bukti dikenakan caj RM1.06 yang perlu dibayar bagi setiap satu paket.


Netizen Persoalan Sama Ada Patut Atau Tidak Pelanggan Dicaj Kerana Minta Sos Lebih

Kejadian yang berlaku itu telah mencetuskan kemarahan segelintir pelanggan yang merasakan mereka dilayan secara tidak adil.

Sesetengah netizen berpendapat tindakan berkenaan tidak sepatutnya dilakukan oleh kerana ia diberikan secara percuma sahaja sebelum ini kepada pelanggan.

Namun, ada pula netizen yang menganggap tindakan McDonald’s adalah wajar berikutan kos barangan yang semakin meningkat dan perlu menampung perbelanjaan barangan.

Pada masa yang sama, netizen turut mengecam perbuatan pelanggan terbabit kerana dipercayai telah membeli sos cili tambahan tanpa membeli apa-apa set makanan.

mcdonalds rm10.60 sos lebih
Sumber: Facebook

McDonald’s Belum Beri Sebarang Kenyataan

McDonald’s masih belum mengulas mengenai kejadian yang berlaku, tetapi dasar mengenakan bayaran untuk paket sos tambahan mungkin berbeza di antara cawangan dan lokasi berlainan.

Insiden berkenaan menunjukkan tentang kepentingan dasar penetapan harga yang telus oleh syarikat dan perlu memaklumkannya kepada pelanggan jika berlaku sebarang perubahan.

Artikel Berkaitan: New Jeans Lancar Kolaborasi Pertama & Ekslusif Dengan McDonald’s Pada 7 September Ini!

Artikel Berkaitan: Harga Aiskrim Kon McDonald’s Cecah RM2.20, Netizen Mula Pertikai Isu Ini Termasuk Gaji Minimum Staf McD

Artikel Berkaitan: McDonald’s Malaysia Beri Komen Tentang Pelanggan Masuk Hospital Akibat Ayam 3X Pedas

Sumber: Facebook Saiful Adlu Abd Wahab


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd