Now Reading
McDonald’s Malaysia Beri Komen Tentang Pelanggan Masuk Hospital Akibat Ayam 3X Pedas

McDonald’s Malaysia Beri Komen Tentang Pelanggan Masuk Hospital Akibat Ayam 3X Pedas

Ada segelintir individu yang dimasukkan ke dalam hospital selepas makan Ayam Goreng McD 3X Pedas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berdasarkan cerita sebelum ini, penggemar makanan pedas akan mencuba apa sahaja hidangan untuk memenuhi keinginan mereka.

BACA JUGA: 3x Spicy Fried Chicken Allegedly Lands Malaysian In Hospital With Severe Stomach Pain

Ini disebabkan mereka mengetahui tahap toleransi masing-masing dan tiada masalah untuk menikmati makanan pedas setiap hari. Tapi bila makan hari-hari, boleh membawa padah juga.

BACA JUGA: Doktor Ini Gesa Hentikan Trend Makan Menu Pedas Melampau. Bahaya Untuk Kesihatan!

Seorang pengguna TikTok baru-baru ini dimasukkan ke wad kecemasan satu jam selepas makan menu popular dari McDonald’s iaitu Ayam Goreng 3X Pedas.

Video yang dimuat naik di TikTok empat hari lalu menjadi tular dengan meraih 31,000 likes, 1,100 komen dan 1,600 perkongsian setakat ini.

Kredit: TikTok

Video pendek dan menghiburkan itu menunjukkan individu berkenaan mencuba Ayam Goreng McDonald’s 3X Pedas dan terus dimasukkan ke wad kecemasan selepas suapan yang seterusnya.

Pengguna TikTok itu juga mengeluh apabila dia jatuh sakit meskipun tiada sejarah gastrik.

Pemilik video menasihatkan orang ramai untuk hanya merasai ayam tersebut jika mempunyai tahap tolerasi yang tinggi terhadap makanan pedas. Mungkin pada awalnya tak rasa apa-apa, tapi lepas 30 minit mungkin anda akan berdepan masalah.

Saya biasanya boleh tahan makan Ayam Gepuk, tapi hidangan ini membuatkan perut saya rasa seakan-akan terbakar.

Pengguna TikTok.

Ayam Gepuk terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dengan hidangannya yang pedas. Kalau anda boleh tahan makan Ayam Gepuk, katanya anda boleh tahan dengan makanan lain. Secara teoritikalnya begitulah.

Salah seorang pengguna berkongsi tips daripada ibunya untuk menyediakan yogurt atau susu penuh krim ketika makan makanan pedas.

Pemilik video TikTok tersebut membalas dengan nada gurauan kononnya dia baru tahu tentang tips berkenaan kerana ibunya tak pernah memberitahunya sebelum ini.

BACA JUGA: How to fix that fiery burn after eating spicy foods

Netizen lain pula terhibur dengan video berkenaan kerana walaupun pemilik video sudah mengetahui kesannya tetapi masih mahu mencuba dan kini terlantar di hospital. Salah seorang netizen memohon maaf kerana tidak sengaja ketawa melihat video itu.

Pemilik video itu membalas komen berkenaan dengan berkata dia juga terhibur dengan keadaan dirinya sendiri. Jururawat di situ pun katanya turut mentertawakan dia.

Ada juga yang komen bahawa pihak McDonald’s tidak patut dipersalahkan kerana mereka sudah memberi amaran pada poster. Pemilik video tersebut juga tidak menyalahkan pihak McDonald’s atau sesiapa.

Netizen yang lain turut berkongsi pengalaman makan ayam goreng tiga kali pedas daripada McDonald’s. Ada juga yang beranggapan seperti sedang menghadapi Perang Dunia Kedua di tandas manakala orang lain pula mendakwa punggung mereka seolah-olah terbakar selama tiga hari. Aduh, memang sakit.

Ramai sebenarnya yang bersetuju bahawa ayam tersebut sedap untuk dimakan, tetapi tak berbaloi dengan sakit perut yang terpaksa dilalui.

McDonald’s beri komen tentang isu pelanggan terpaksa masuk hospital

TRP menghubungi McDonald’s Malaysia untuk mendapatkan komen berkenaan kejadian pelanggan mereka dimasukkan ke dalam hospital baru-baru ini.

McDonald’s menjelaskan bahawa Ayam Goreng McD 3X Pedas sememangnya lebih pedas berbanding Ayam Goreng McD yang digemari ramai.

Kredit: McDonald’s Malaysia

“Kami telah memperhebatkan tahap rempah dalam Ayam Goreng McD 3X Pedas menggunakan bahan-bahan sebenar termasuk cili padi dan beberapa rempah seperti lada benggala dan lada hitam.

Oleh itu, pelanggan dinasihatkan untuk mempertimbangkan tahap toleransi masing-masing terhadap makanan pedas sebelum membuat pembelian atau mencuba makanan ini.”

Kredit: McDonald’s Malaysia

Sejak dilancarkan pada tahun 2019, Ayam Goreng McD 3X Pedas telah menjadi kegemaran ramai. Rakyat Malaysia memang suka dengan makanan pedas, dan pihak mereka berharap dapat terus menawarkan pelanggan mereka dengan menu McDonald’s kegemaran mereka.

McDonald’s juga memberitahu bahawa ayam tersebut tidak mengandungi sebarang perisa tiruan atau apa-apa jenis bahan perasa yang berbahaya.

Pada tahun 2019, apabila mereka baru pertama kali mengeluarkan produk itu, boleh dikatakan ramai juga yang mempunyai kesan sampingan selepas makan ayam tersebut sehingga syarikat makanan segera ini perlu membuat kenyataan umum.

Kesimpulan: Ayam ini memang betul betul betul betul tiga kali pedas!

Ini menunjukkan bahawa orang yang mempunyai tahap toleransi yang tinggi dengan makana pedas pun boleh masuk ke hospital dalam keadaan yang tidak dijangka.

BACA JUGA: Love spicy food? Too bad, eating lots of chillies can lead to memory loss & dementia, researchers say

Makanan pedas sememangnya boleh merosakkan sistem pencernaan. Walaupun mulut anda boleh tahan pedas, tapi mungkin tidak kepada usus. Anda semua telah diberi amaran ya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd