Now Reading
2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen

2 Kali Datang Kedai, Tindakan Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan Raih Pujian Netizen

Anjing berkenaan yang diberi nama ‘Elizabeth’ datang ke gerai berkenaan sebanyak dua kali untuk mendapatkan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pernah tak korang didatangi haiwan jalanan yang terbiar dan kelihatan berkeliaran mencari makanan atau minuman?

Ditambah pula dengan cuaca sekarang yang semakin panas, kesian pula tengok mereka tiada tempat perlindungan yang selamat, kelaparan dan kehausan.

Sebagai manusia yang prihatin, tak salah untuk kita beri makan kepada haiwan terbiar ini, betul tak?


Peniaga Sedekah Ayam Goreng Untuk Anjing Jalanan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@bellahalil), seorang peniaga wanita di Warong Asam Pedas Mak Enon, Kampung Petani menunjukkan kelibat seekor anjing jalanan yang berada di hadapan gerainya.

Difahamkan, anjing tersebut yang diberi nama Elizabeth itu sudah beberapa kali datang ke kedainya tetapi tidak menganggu peniaga tersebut.

Oleh kerana itu, wanita berkenaan tergerak hati untuk memberikannya seketul ayam goreng jualan kepada haiwan terbabit sebelum dibawa untuk dimakan di tempat lain.

Tidak lama selepas itu, anjing tersebut datang kembali ke gerai sama dan peniaga berkenaan sekali lagi memberikannya seketul ayam goreng daripada bekas jualannya.

https://www.tiktok.com/@bellahazizi77/video/7348373028834659602

Netizen Mendoakan Kebaikan Peniaga Wanita Itu

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memuji kebaikan dilakukan oleh peniaga berkenaan kerana memberi sedekah berbentuk makanan kepada seekor anjing yang datang ke gerainya itu.

“Baik awak ni. Bukan semua orang berniaga macam awak. Saya doa murah rezeki awak selalu,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menyangka anjing tersebut sedang mengandung kerana dilihat seperti kuat makan.

Namun, peniaga berkenaan menjelaskan haiwan tersebut sudah mempunyai anak dan mungkin kelaparan kerana baru menyusu anaknya.

Lebih mengejutkan lagi, peniaga itu berkata dia sudah berjumpa dengan anjing yang sama sejak tempoh kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilakukan.

Sumber: TikTok

Peniaga Lain Juga Pernah Lakukan Perkara Sama

Terdahulu, seorang peniaga  yang mengusahakan perniagaan Nasi Lemak di Cyberjaya juga melalui pengalaman yang sama apabila seekor anjing liar yang kelaparan datang ke gerainya untuk meminta makanan.

Boleh dikatakan hampir setiap hari anjing berkenaan pergi ke sana untuk makan nasi lemak percuma.

Sumber: Instagram @myforeverdoggo

Oleh kerana setiap hari diberikan Nasi Lemak, saiz tubuh badan anjing tersebut juga dilihat sudah makin berisi.

Baca Artikel Berkaitan: Anjing Terbiar Setiap Hari Diberi Nasi Lemak. Sampai Berisi Badan!

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Semoga mereka yang sentiasa berbuat baik kepada haiwan ini diberi ganjaran pahala dan kebaikan berpanjangan. Amin.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd