Now Reading
Isu 10 Paket Sos Cili, McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Terhadap Pelanggan

Isu 10 Paket Sos Cili, McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Terhadap Pelanggan

Pihak McDonald’s Malaysia telah memfailkan laporan polis terhadap pelanggan terbabit atas dakwaan bertindak agresif kepada pekerja mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, jenama restoran makanan segera iaitu McDonald’s Malaysia telah menjadi topik hangat selepas seorang pelanggan mendakwa dirinya perlu membayar sos cili tambahan yang diminta di cawangan Taman Buaya, Melaka.

Selepas melakukan siasatan dalaman serta semakan menerusi rakaman CCTV, McDonald’s Malaysia mendapati bahawa pelanggan tersebut dibekalkan dengan sos cili yang tidak mencukupi, tetapi pekerja mereka segera memberikan paket tambahan apabila diminta.

Walau bagaimanapun, pelanggan berkenaan menjadi agresif secara lisan terhadap pekerja terbabit dan berkeras untuk membayar 10 paket sos cili yang dimintanya walaupun sudah dimaklumkan ia adalah percuma.

Susulan kejadian itu, McDonald’s Malaysia telah melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan pekerja menjadi keutamaan mereka.

Dalam pada itu, McDonald’s Malaysia turut menjelaskan bahawa sos cili yang disediakan adalah percuma kepada semua pelanggan.

Terdahulu, seorang pelanggan dikenali sebagai Saiful Adly Abd Wahab meluahkan rasa terkejut di laman Facebook selepas mendakwa dikenakan bayaran RM10.60 untuk 10 paket sos cili.

Dia turut mengecam rangkaian makanan segera itu yang mengenakan bayaran kepada pelanggan di kala harga barangan yang semakin meningkat.

Di ruangan komen, Saiful Adly juga ada memberitahu bahawa dia meninggikan suara pada pekerja terbabit kerana mengambil masa terlalu lama.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Dakwa McDonald’s Caj RM10.60 Untuk 10 Paket Sos Cili


Situasi Yang Berlaku Membingungkan

Bekas ahli parlimen Tanjung Ng Wei Aik pula berpendapat bahawa kenyataan McDonald’s Malaysia ini telah mencipta situasi yang mengelirukan.

Menurutnya, ia agak tidak masuk akal jika sistem POS boleh menjana resit untuk sos cili jika item itu bukan dalam senarai untuk dijual.

“Adalah tidak munasabah untuk McDonald’s mengenakan bayaran kepada pelanggan untuk sesuatu yang biasanya percuma. Saya rasa McDonald’s telah melampau dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis, memandangkan ianya remeh”, kata Ng Wei Aik.

Walau bagaimanapun, gambar resit yang dimuat naik oleh pelanggan tersebut menunjukkan sos cili yang dibelinya telah didaftarkan sebagai ‘condiment’.

Sesetengah netizen pula menyatakan berkemungkinan ia adalah harga untuk sos McNuggets yang disediakan dalam ‘tub’ dan mempunyai caj tambahan jika pelanggan mahukan lebih banyak lagi.

Sementara itu, ada juga netizen yang memberitahu mereka hampir setiap minggu menjamu selera di McDonald’s dan berpendapat jumlah sos cili yang diberikan adalah mencukupi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd