Now Reading
Konduktor Bas Awam Pengsan Lepas Hidu Durian Dibawa Penumpang

Konduktor Bas Awam Pengsan Lepas Hidu Durian Dibawa Penumpang

Bau durian yang sangat kuat menyebabkan Kussama Srisong mengalami kesesakan di dada hingga berasa sukar untuk bernafas.

pengsan bau durian

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Durian yang dikenali sebagai raja buah merupakan buah yang amat digilai di kawasan Asia Tenggara termasuk di Thailand.

Jika tibanya musim durian, rata-rata rakyat tempatan pasti akan berpusu-pusu untuk keluar membelinya.

Walaupun durian ini memberi nikmat kepada sesetengah individu, namun ia juga kurang digemari segelintir orang bahkan boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan seseorang.


Konduktor Bas Di Thailand Tidak Sedar Diri Lepas Terhidu Durian Dibawa Pemandu

Baru-baru ini, seorang konduktor bas awam di negara sempadan, Thailand telah dilaporkan tidak sedarkan diri selepas seorang penumpang telah membawa buah durian ke dalam kenderaan tersebut.

Dalam hantarannya, individu itu dilihat sedang berbaring di atas tempat duduk penumpang dalam keadaan pitam dan dikelilingi oleh penumpang lain yang turut berada di dalam bas berkenaan.

Wanita yang dikenali sebagai Kussama Srisong menerusi perkongsiannya di Facebook pada 8 September lalu telah menjelaskan bahawa dia mempunyai alahan terhadap buah berduri itu.

Kedengaran aneh, namun alahan terhadap buah durian ini memang wujud ya walaupun ianya jarang berlaku.

Oleh disebabkan insiden tidak diduga ini, kesemua penumpang bas mengalami kelewatan ke tempat destinasi yang dituju.

Sebelum ini, wanita tersebut telahpun menegur dengan baik dan menyuruh individu yang membawa durian itu keluar.

Namun, bau durian yang dipercayai sangat kuat menyebabkan Kussama mengalami kesesakan di dada hingga mengakibatkannya sukar untuk bernafas dengan betul sebelum dilihat tidak sedar diri.

Untuk makluman semua, buah durian ini adalah dilarang untuk dibawa masuk ke mana-mana pengangkutan awam di Thailand.


Wanita Ada Alahan Durian Pulih Selepas Dapat Rawatan Hospital

Kussama yang pengsan sewaktu dalam bas terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selanjutnya, wanita ini turut berkongsi lagi satu hantaran di media sosialnya pada 9 September yang mengatakan bahawa dia kesihatannya semakin baik dan mampu bekerja semula seperti biasa.

Dalam masa yang sama, dia turut berterima kasih dengan semua pihak yang telah membantunya sewaktu situasi genting itu terjadi termasuk penyelianya yang menghubungi untuk bertanyakan khabar.

Dia turut menasihati orang ramai untuk tidak membawa sebarang makanan yang mempunyai bau dan aroma yang kuat ke dalam pengangkutan awam kerana ianya telah dilarang oleh pihak berkuasa.


Durian Boleh Beri Kesan Buruk Terhadap Kesihatan Manusia

Kepada mereka yang menggemari buahan eksotik ini, ada beberapa fakta yang anda perlu tahu dan ambil perhatian.

Untuk makluman semua, pengambilan durian yang berlebihan mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Menerusi ciapan seorang doktor kesihatan di laman X (Twitter @DoktorSamhan), doktor ini telah menjelaskan beberapa kesan buruk yang boleh dialami oleh seseorang jika terlebih makan buah durian. Antaranya:

  • Kalori dalam badan meningkat.
  • Kandungan gula yang tinggi.
  • Boleh menyebabkan gastrik.
  • Suhu badan meningkat.

Jangan risau, anda boleh sahaja menikmati buah ini tetapi perlulah dalam kuantiti yang berpada-pada ya.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Baca Artikel Berkaitan: Babak Durian Goreng Dalam Filem ‘The Man From Toronto’ Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Baca Artikel Berkaitan: 1,000KG Durian Bertaburan Di Jalan Raya Akibat Kemalangan

Sumber: Mothership


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd