Now Reading
Babak Durian Goreng Dalam Filem ‘The Man From Toronto’ Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Babak Durian Goreng Dalam Filem ‘The Man From Toronto’ Buat Rakyat Malaysia Terkejut

Watak Randy di dalam filem tersebut dilihat menyalut durian itu bersama tepung dan telur sebelum digoreng di atas kuali.

durian goreng sebagai sarapan dalam filem 'The Man From Toronto'

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Durian merupakan salah satu jenis buah tempatan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dijadikan sebagai serawa dan dicicah dengan roti kosong.

Sebelum ini, seorang individu berpangkat Datuk bersama rakan-rakannya sanggup menaiki helikopter dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor untuk menikmati durian Musang King.

Senang kata, durian dan rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan.

BACA JUGA: [Watch] Datuk Takes Helicopter From KL To Segamat For Durian Buffet, And It’s Not Musang King


Pelakon antarabangsa buat hidangan durian goreng sebagai sarapan pagi

Kalau sebut cempedak goreng, semua orang akan buat reaksi biasa sahaja. Tapi pernah tak anda dengar durian goreng?

Baru-baru ini, Netflix Malaysia memuat naik hantaran di laman Instagram mereka (netflixmy) dengan memaparkan aksi seorang pelakon antarabangsa iaitu Woody Harrelson dalam filem The Man From Toronto.

Babak menyiapkan sarapan pagi itu telah mengejutkan orang ramai kerana watak Randy yang dilakonkan Harrelson menunjukkan dia sedang membuat persiapan untuk menyediakan hidangan durian goreng.

Durian tersebut dilihat disalut bersama telur dan tepung sebelum digoreng di atas kuali panas.

Orang ramai teruja pertama kali lihat hidangan durian goreng

Rata-rata rakyat Malaysia agak terkejut melihat kemunculan durian di dalam filem antarabangsa. Lebih memeranjatkan lagi adalah apabila mendapati buah tempatan tersebut dijadikan durian goreng sebagai sarapan.

Jarang nampak orang goreng durian di Malaysia.

Sebenarnya, hidangan durian goreng ini bukanlah makanan asing kerana segelintir masyarakat pernah merasai menu itu. Katanya rasa macam cempedak goreng. Betul ke?

Ada yang siap nak minta resepi durian goreng dari Netflix.

Kami pun pertama kali dengar durian goreng. Rasa macam nak cubalah!

BACA JUGA: Wait, Durians Are Actually Healthy??!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd