Now Reading
Gelagat Para Suami Berlumba Pakai Tudung Nak Menang Kontes Hiburkan Orang Ramai

Gelagat Para Suami Berlumba Pakai Tudung Nak Menang Kontes Hiburkan Orang Ramai

Lima orang suami dalam keadaan kelam-kabut untuk memakai tudung bawal dengan cepat dalam satu acara sukaneka hari keluarga.

suami pakai tudung

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meluangkan masa bersama keluarga boleh menjadi asbab kepada ikatan kukuh yang harmoni dengan insan disayangi.

Antara program yang sering dilakukan oleh keluarga adalah acara ‘family day’ di pelbagai tempat menarik seperti di vila, tapak perkhemahan, taman dan banyak lagi. Paling tidak setahun sekali.

Sekali sekala dapat berkumpul ramai-ramai dengan sanak saudara yang jarang berjumpa memang seronok.


Lima Orang Suami Kelam-Kabut Pakai Tudung Bawal Untuk Menang Kontes Sukaneka

Baru-baru ini, tular satu klip video berdurasi 1 minit yang dikongsi di laman TikTok (@shasalih), menyaksikan lima orang suami sedang dalam keadaan kelam-kabut untuk memakai tudung bawal dengan cepat dalam satu acara sukaneka hari keluarga.

Acara sukaneka itu dilihat sedang berlangsung di sebuah rumah yang turut disertai oleh beberapa keluarga yang lain. Memang nampak meriah betul!

Kalau dilihat dalam video itu, memang banyak betul ya ‘style’ memakai hijab yang diperagakan oleh kaum Adam ini. Sampai terbeliak biji mata apabila mahu pin tudung berkenaan.


Reaksi Netizen Terhadap Aksi Lucu Para Suami Berlumba Pakai Tudung

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen geli hati melihat gelagat lelaki-lelaki yang kelihatan seperti pertama kali cuba memakai tudung.

“Itulah selalu bebel isteri siap lambat, sekali terkial-kial bila kena pada batang hidung sendiri,” kata seorang wanita dalam intonasi berjenaka.

“Yang pakai singlet itu menepati syariah,” ini adalah antara komen menghiburkan kami baca di hantaran itu kerana seolah-olah sedang memerli suami yang memakai tudung atas dada.

Sumber: TikTok (@shasalih)

Menjawab persoalan dari netizen, suami yang digelar sebagai Maon telah memenangi pertandingan itu kerana ketelitiannya dalam memakai tudung. Siap letak pin lagi tambahan di tepi tudung.

Sumber: TikTok (@shasalih)

Idea Aktiviti Syok Boleh Dianjurkan Semasa Hari Keluarga

Anda di sini ada bercadang untuk menganjurkan hari keluarga dalam masa terdekat ini? Kepada yang masih tidak tahu aktiviti apa yang boleh dilakukan, jom kami kongsikan idea menarik untuk anda cuba. Antaranya:

1. Cabutan Bertuah.

Kalau anda anjurkan aktiviti ini, pasti suasana akan bertukar meriah. Tipsnya ialah meletakkan beberapa hadiah yang ‘best’ dan tambahkan dengan hadiah sampingan yang lain. Barulah semua orang teruja dan berdebar-debar untuk tunggu giliran apabila nombor dipanggil.

Sumber: eCentral/Pexels.

2. Barbeku

Barbeku juga antara aktiviti luar yang santai boleh dilakukakan bersama keluarga. Sambil-sambil membakar bahan, bolehlah berbual-bual sesama sendiri.

Sumber: Pexels

3. Karaoke

Sesi karaoke akan membuatkan suasana yang bosan menjadi meriah. Kalau anda lihat keadaan semakin suram ketika hari keluarga sedang berlangsung, pasangkan sahaja lagu. Pasti ramai yang akan menyanyi bersama.

Sumber: Sunway Hotels/ Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Sunway Resort Hotel Tawar Percutian Bersama Keluarga Dengan Pakej Menarik

Baca Artikel Berkaitan: 10 Lokasi Yang Best Untuk ‘Camping’ Sekitar Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bawa Mak Jalan” – Ramai Tersentuh Hati Baca Luahan Ibu Hargai Anak Penuhi Kehendak Mak

Sumber: TikTok (@shasalih) | Selongkar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd