Now Reading
“Ibu Tak Pernah Salah” – Netizen Terhibur Ibu Menjiwai Watak Konten TikTok Anak

“Ibu Tak Pernah Salah” – Netizen Terhibur Ibu Menjiwai Watak Konten TikTok Anak

Lakonan si ibu telah mendapat perhatian ramai kerana kehebatan menjiwai watak seorang mak yang sedang ‘bad mood’ di konten video TikTok anaknya.

mak menjiwai watak

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini ramai anak muda yang berkecimpung dan memilih untuk menjadi content creator di pelbagai media sosial.

Menurut mereka, pendapatan boleh dijana dengan lebih mudah dan berlipat kali ganda berbanding pekerjaan yang biasa di pejabat.

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh bekerja secara fleksibel di mana-mana dan pada waktu yang diinginkan. At your own place and at your own time gitu!


Ibu Menjiwai Watak Dalam Video TikTok Anak Dapat Perhatian Ramai

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsi oleh seorang content creator di akaun TikTok miliknya (@famifazli) menunjukkan dia sedang mengadaptasikan satu babak antara seorang ibu dan anak.

Menerusi hantaran tersebut, kehebatan ibunya menjiwai watak sebagai seorang emak yang sedang ‘bad mood’ mendapat perhatian netizen.

Pada awalnya dia dilihat memarahi si anak selepas tanpa sengaja menjatuhkan satu kole air ketika sedang membuka penutup sebuah bekas makanan.

Sumber: TikTok (@famifazli)

“Macam tak pernah makan pulak kau ni,” kata ibunya dengan yang tinggi dalam video berkenaan.

Dalam babak kedua pula, ibu tersebut pula dilihat menjatuhkan kole air daripada sebuah meja. Namun, wanita berkenaan tetap menyalahkan anak lelaki itu walaupun kesalahan itu dilakukan olehnya.

“Kau nak salahkan ibu pulak? Kau yang minum tak reti nak letak, aku jugak yang salah,” inilah antara ungkapan menghiburkan yang telah dilontarkan oleh wanita tersebut kepada anaknya dalam nada menjerit.

“Bila Mood Ibu Tak Baik..”

@famifazli

Bila mood ibu tak baik kesalahan sendiri pon kita kene marah #foryou #fypシ #funnyvideos #masukberanda

♬ original sound – F A M I – F A M I

Netizen Terhibur Dengan Lakonan Makcik Yang Menjiwai Watak

Menjengah ke ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan lakonan yang dimainkan oleh makcik itu.

“Mak-mak memang sama ke dialog diorang ni,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@famifazli)

Siap ada yang membuat permintaan supaya anak lelaki dan makcik tersebut untuk sentiasa menyediakan konten-konten yang lawak bagi menghiburkan orang ramai.


Tips Untuk Jadi Content Creator Untuk Yang Malu Cakap Depan Kamera

Pasti ramai di luar sana yang teringin menjadi content creator yang berjaya. Namun ada sahaja pelbagai halangan untuk merialisasikan impian ini. Antara perkara yang menghalang seseorang itu menjadi content creator adalah kerana dirinya yang bersifat ‘introvert’.

Jangan risau bagi mereka yang malu untuk bercakap depan kamera, di sini kami kongsikan beberapa tips untuk memberikan anda keyakinan bagi memulakan kerjaya ini. Antaranya:

1. Selalu Bercakap Dengan Diri Sendiri

Seseorang yang teringin untuk menjadi content creator perlulah berlatih berbual dengan diri sendiri dengan nada yang kuat.

Aksi ini dapat membantu anda untuk memastikan pertuturan adalah lebih jelas dan lancar. Latihan ini juga dapat mengelakkan diri untuk berasa kekok ketika bercakap depan kamera.

2. Pencahayaan Semula Jadi

Pencahayaan yang paling terbaik untuk digunakan dalam sesebuah video ialah ‘natural lighting’ daripada cahaya matahari.

Penggunaan pencahayaan semula jadi akan melihatkan muka kita dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela dan kedut. Baru rasa yakin bila mahu kongsi video nanti!

3. Berdiri Semasa Bercakap Depan Kamera

Posisi berdiri boleh membantu sesetengah individu untuk meningkatkan tenaga dan semangat semasa sedang merakam konten.

Namun, posisi ini bergantung kepada keselesaan seseorang. Paling penting adalah anda dalam keadaan yang selesa dan tidak serabut ketika merakam video.

Moga tips serba sedikit ini dapat membantu bakal content creator di luar sana!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Kenapa Penting Buat ‘Livestream’ Untuk Majukan Bisnes

Baca Artikel Berkaitan: Ini Langkah Bayar Cukai Buat Influencer Atau Content Creator. Semak Dulu Bidang Ekonomi Digital Yang Mana!

Sumber: TikTok (@famifazli) | Saiful Nang Academy


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd