Now Reading
Gelagat Kuda Poni Naik Bas ‘Tegur’ Penumpang Bikin Ramai Terhibur Di United Kingdom

Gelagat Kuda Poni Naik Bas ‘Tegur’ Penumpang Bikin Ramai Terhibur Di United Kingdom

Kejadian kuda naik bas itu dikatakan telah berlaku di sekitar kawasan Devon, United Kingdom.

kuda naik bas

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Adalah satu normaliti bagi penduduk United Kingdom menggunakan pengangkutan awam dalam rutin seharian mereka. Sama ada untuk menuju ke rumah, pergi ke kedai atau pun ke tempat kerja. 

Kos pengangkutan menggunakan kenderaan awam dikatakan lebih murah dan jimat berbanding memandu kenderaan sendiri di sana. 

Namun, situasi tidak dijangka telah berlaku di United Kingdom apabila seekor kuda poni dilihat dengan selamba sedang menaiki bas awam.


Kuda Poni Naik Bas Awam Di United Kingdom Undang Perhatian Ramai

Menerusi laporan Daily Star, seekor kuda padi atau lebih dikenali sebagai kuda poni dilihat sedang menaiki anak tangga bas awam yang bernombor 57 di Devon, United Kingdom. Menurut penduduk tempatan yang berada di situ, kuda poni itu seolah-olah sedang melarikan diri dari majikannya untuk berjalan di kawasan tersebut.

Lebih menghibur lagi, kuda poni itu dikatakan diiringi dan dibantu oleh dua lelaki yang memakai jaket kuning untuk menaiki bas awam berkenaan. Mereka juga dilihat sedang mengambil gambar momen situasi yang jarang-jarang berlaku itu.

Dalam pada itu, seorang lagi saksi situasi berkenaan berkata kuda poni itu kelihatan seperti hanya sekadar singgah untuk menyapa mereka yang berada dalam kenderaan itu dan beransur pergi seperti tiada apa yang sedang terjadi.

Dalam nada berjenaka, pemandu bas itu berkata pada awalnya kuda poni tersebut seolah-olah mahu mengambil kesempatan daripada tawaran tambang bas pada masa itu iaitu sebanyak £2 (kira-kira RM11.77).


Apa Perlu Buat Sekiranya Anda Terlihat Haiwan Buas Terbiar

Pada bulan Mac 2023 yang lalu, satu insiden yang melibatkan seekor kuda putih terlepas telah mengakibatkan trak pikap terlibat dengan kemalangan di lorong kanan Lebuhraya Pantai Timur 2. 

kuda terlepas tengah jalan

Sumber: TikTok @utusantvofficial/Fendi Cheah

Jika anda ternampak haiwan buas terlepas atau berkeliaran, adalah penting untuk menghubungi pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) agar mereka dapat mengambil tindakan dalam kadar yang segera. 

Anda boleh menghubungi Jabatan PERHILITAN di talian 03-9086 6800 atau membuat aduan melalui sistem eAduan di laman web http://www.wildlife.gov.my.

Sumber: Daily Star | Sinar Harian | PERHILITAN

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kuda Terlepas & Lari Tengah Jalan Gara-gara Trak Pikap Kemalangan

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Sesat Kot” – Lembu Muncul Depan Rumah Waktu Banjir Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Kucing Boleh Trauma” – Letak Ular Sawa Atas Sangkar, Persatuan Haiwan Malaysia Mohon Aaron Aziz Lebih Peka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd