Now Reading
[Video] Kuda Terlepas & Lari Tengah Jalan Gara-gara Trak Pikap Kemalangan

[Video] Kuda Terlepas & Lari Tengah Jalan Gara-gara Trak Pikap Kemalangan

Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah mengakibatkan seekor kuda terlepas dan dilihat berlari di tengah jalan raya.

kuda terlepas tengah jalan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kemalangan adalah sesuatu yang tidak diduga dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Semalam (12 Mac) satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kilometer 251.8 dari Jabor ke Cheneh, Terengganu pada jam 9:35 pagi.

Insiden melibatkan sebuah trak pikap jenis 4×4 dan sebuah lori kontena telah mengakibatkan kerosakan teruk pada struktur kenderaan yang membawa kuda di dalamnya.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku akibat kemalangan yang berlaku. Pemandu kereta dan juga lori kontena berkenaan dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

kuda-terlepas-tengah-jalan-1
Sumber: Fendi Cheah

Kuda Lari Tengah Jalan Selepas Trak Membawanya Terlibat Dalam Kemalangan

Namun, kemalangan melibatkan kedua-dua kenderaan itu menyebabkan kuda tersebut terlepas dan berlari di atas jalan raya.

Situasi di mana kuda itu berlari di atas jalan raya sempat dirakam oleh beberapa orang pengguna jalan raya yang pada ketika itu dan dimuat naik semula di laman TikTok (@utusantvofficial).

https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7209561233454828827
https://www.tiktok.com/@utusantvofficial/video/7209587437939592474

Beberapa video yang dimuat naik itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang kesian tengok kuda itu berlari jauh di tengah jalan raya dan menganggap haiwan itu berkemungkinan berasa trauma atau stres dengan keadaan yang berlaku.

Difahamkan, kuda berkenaan mengalami sedikit luka pada badannya akibat kemalangan dan luka tersebut sudah dirawat.

Tetapi ada juga yang terhibur melihat aksi kuda berkenaan berlari di atas jalan raya. Siap ada yang kata situasi itu hampir sama seperti dalam cerita Jumanji.


Tips Pemeriksaan Kereta Sebelum Membuat Perjalanan Jauh

Setiap kali sebelum anda nak memandu jauh ke mana-mana lokasi, perkara yang paling penting kena buat adalah pemeriksaan kenderaan.

Kenapa kena periksa kenderaan anda? Ia bertujuan untuk memastikan perjalanan anda selamat dan terhindar daripada sebarang masalah teknikal seperti ‘overheat’, tayar pecah dan sebagainya.

Antara perkara yang perlu diperiksa sebelum anda membuat perjalanan jauh adalah:

  • Periksa tahap bendalir kenderaan seperti minyak gear, minyak brek, cecair penyejuk dan cecair stereng.
  • Tukar minyak hitam kenderaan.
  • Periksa keadaan dan tekanan angin tayar.
  • Pastikan lampu kenderaan dan ‘signal’ berfungsi dalam keadaan baik.
  • Periksa bateri kenderaan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd