Now Reading
Anwar Ibrahim Dedah Kenapa ‘Stay’ Di Konsert KEPCI Music Festival Untuk Tonton Persembahan Anak Muda

Anwar Ibrahim Dedah Kenapa ‘Stay’ Di Konsert KEPCI Music Festival Untuk Tonton Persembahan Anak Muda

Anwar Ibrahim menjelaskan perkara tersebut sewaktu hadir ke program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

anwar ibrahim konsert kepci music festival 2023 (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, sebuah konsert yang dianjurkan oleh KEPCI Music Festival 2023 pada 26 Ogos di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor telah menimbulkan kontroversi melibatkan jemputan pelajar-pelajar tahfiz.

Malah, segelintir penonton yang dipercayai lelaki golongan muda juga dikatakan telah membuat aksi ‘mosh’ dengan melakukan tarian yang agak agresif sambil melayan lagu yang dipersembahkan.

Ya, ‘mosh’ itu dilakukan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam majlis tersebut.


Anwar Perjelas Kenapa Pilih Untuk Kekal Di Konsert Melihat Persembahan Selain Dari Artis Terkenal

Pada Ahad lalu (3 September), Anwar Ibrahim telah berkunjung ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk program Temu Anwar Johor Bahru.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menghadiri program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. (Sumber: Facebook Anwar Ibrahim)

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@pali.ss), Anwar dilihat memberi penjelasan mengapa dia memilih untuk kekal dalam konsert KEPCI Music Festival 2023 ketika beberapa persembahan dari golongan anak muda berlangsung.

Anwar menceritakan dia telah dimaklumkan oleh pihak penganjur tentang barisan artis terkenal yang telah selesai membuat persembahan pada jam 11:00 malam seperti Datuk Amy Search, Siti Nurhaliza dan Misha Omar.

Pada pukul 11, penyanyi utama semua sudah keluar dan yang tinggal band anak-anak muda. Dia bagitahu saya ‘Datuk Seri nak balik sekarang pun boleh’.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun sebagai Perdana Menteri, Anwar berasa tidak sedap hati untuk meninggalkan majlis ketika kumpulan penyanyi anak muda melakukan persembahan mereka secara hormat di hadapannya.

Anwar memberitahu beliau mahu golongan belia selesa dengannya dan mahu melayan mereka seperti anak-anaknya.

Anak-anak muda ni hormat bila Perdana Menteri datang. Tapi bila mainkan muzik, Perdana Menteri balik. Saya nak balik pun boleh tapi saya terfikir nanti apa pula anak-anak ini fikir.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menghadiri program Temu Anwar Johor Bahru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. (Sumber: Facebook Anwar Ibrahim)

Mengulas tentang beberapa anak muda yang menari sakan ketika di konsert KEPCI Music Festival 2023, Anwar menjelaskan dia juga memahami jiwa anak muda yang hanya ingin berhibur sahaja.

Tambahnya lagi, ia bukanlah satu maksiat kerana tidak melibatkan sebarang pergaulan bebas dan minuman beralkohol.

Tak itu bukan maksiat. Bukannya peluk peluk cium minum arak, tak ada. Masa dia muda boleh, masa budak-budak ni tak boleh dah jadi maksiat. Tak ada arak, tak ada pergaulan bebas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar juga menyentuh bab jemputan pelajar-pelajar tahfiz ke konsert tersebut dan menjelaskan dia tiada kena mengena dengan perkara itu kerana hanya datang atas undangan pihak penganjur.


Netizen Puji Jawapan Yang Diberikan Oleh Anwar Ibrahim Tentang Konsert KEPCI Music Festival 2023

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yan memuji jawapan bernas yang diberikan oleh Anwar Ibrahim melibatkan penganjuran konsert KEPCI Music Festival 2023.

Mereka berpendapat bahawa jawapan tersebut menunjukkan Anwar memahami jiwa anak-anak muda zaman kini.

Sumber: TikTok

Kontroversi Apa Yang Berlaku Di Konsert KEPCI Music Festival 2023?

Ketika konsert KEPCI Musid Festival 2023, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kehadiran pelajar tahfiz itu kerana beranggapan golongan tersebut tidak sepatutnya didedahkan dengan hiburan yang menunjukkan tarian wanita berpakaian tidak menutup aurat.

Susulan itu, Menteri Agama Datuk Setia Dr Na’im Mokhtar tampil memberi penjelasan bahawa program berkenaan dianjurkan oleh syarikat korporat serta swasta dan bukanlah anjuran pihak kerajaan.

Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang kemudiannya tampil mengakui kehadiran pelajar tahfiz berkenaan adalah atas undangannya.

Andrie juga memaklumkan bahawa dia serta rakannya secara ikhlas mengajak pelajar tahfiz berkenaan untuk menghadiri festival tersebut.

Artikel Berkaitan: Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Musid Festival, Ini Penjelasan Dari Menteri Agama

Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi Konsert KEPCI Music Festival 2023

Artikel Berkaitan: “Jemputan Ke Majlis Maksiat Dibenci Allah” – Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Komen

Sumber: TikTok pali.ss | Facebook Anwar Ibrahim


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd