Now Reading
“Jemputan Ke Majlis Maksiat Dibenci Allah” – Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Komen

“Jemputan Ke Majlis Maksiat Dibenci Allah” – Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Komen

Ustaz Ahmad Dusuki berpendapat bahawa pelajar-pelajar tahfiz itu tidak sepatutnya dipertontonkan dengan hiburan duniawi yang dikatakan berunsur kemaksiatan.

kepci music fest tahfiz (3)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini telah tular sebuah video menunjukkan sekumpulan pelajar tahfiz didakwa dijemput sebagai penonton untuk berada di sebuah persembahan konsert KEPCI Music Festival 2023 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.

Ketika persembahan tersebut yang bermula sekitar jam 8:30pm, team TRP turut berada di lokasi konsert dan melihat kehadiran pelajar-pelajar tahfiz memasuki stadium kira-kira jam 7:50pm.

Walau bagaimanapun, netizen mendakwa kehadiran pelajar tahfiz itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang kerana golongan berkenaan dianggap sebagai individu yang tidak sepatutnya didedahkan dengan hiburan sedemikian.

Kiri: Sekumpulan pelajar tahfiz yang memasuki stadium jam 7:50pm. Kanan: Pelajar-pelajar tahfiz meninggalkan stadium sebelum jam 9:00pm. (Sumber: TRP)

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok (@mal.sha27), kehadiran sekumpulan tahfiz itu membuatkan ramai netizen kurang senang kerana terdapat persembahan yang disifatkan agak keterlaluan.

Pada masa yang sama, pemakaian serta tarian yang kumpulan artis wanita iaitu COEX juga didakwa tidak bersesuaian untuk tontonan pelajar-pelajar tahfiz.

https://www.tiktok.com/@mal.sha27/video/7272356922140019969

Ramai Netizen Kurang Senang Lihat Kehadiran Sekumpulan Pelajar Tahfiz Dijemput Ke Konsert KEPCI Music Festival 2023

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang kurang setuju dengan keputusan pihak penganjur menjemput pelajar-pelajar tahfiz untuk menghadiri konsert itu.

Segelintir netizen pula berasa kasihan dengan sekumpulan pelajar tahfiz yang terpaksa menonton persembahan hiburan di hadapan mata.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tentang kerajaan yang didakwa membenarkan sekumpulan pelajar berkenaan ke persembahan konsert.

Walau bagaimanapun, team kami yang berada di lokasi konsert tersebut mengesahkan bahawa sekumpulan pelajar tahfiz ini telah pun beredar daripada lokasi konsert sebelum ketibaan Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi dan Digital jam 9:00 malam.

Sumber: TikTok

Ustaz Ahmad Dusuki Luah Rasa Kesal Dengan Tindakan Penganjur Jemput Pelajar Tahfiz

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang penceramah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki apabila beliau turut mempersoalkan tindakan penganjur yang menjemput pelajar-pelajar tahfiz ke konsert berkenaan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@ustazahmaddusuki), beliau berpendapat bahawa pelajar-pelajar tahfiz itu tidak sepatutnya dipertontonkan dengan hiburan duniawi yang dikatakan berunsur kemaksiatan.

Adalah tindakan yang paling buruk bagi mereka yang menjemput dan menerima jemputan ke majlis maksiat yang dibenci oleh Allah ini, lebih lebih lagi anak-anak tahfiz dan anak yatim yang sedang dijaga akalnya dari dirosakkan oleh kemaksiatan sebegini.

Ustaz Ahmad Dusuki.

Team TRP Cuba Mendapatkan Komen Dari Pihak Penganjur

Susulan perkara yang berlaku ini, team TRP telah menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan komen namun masih tiada jawapan sehingga kini.

Untuk info, pada Sabtu lalu (26 Ogos) sebuah persembahan konsert KEPCI Music Festival 2023 telah dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dengan pelbagai artis jemputan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Amy Search, Ella dan Misha Omar.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd