KFC Tangguh Kepci Music Fest Di Johor Untuk Hormat Isu Saudara Palestin Di Gaza
KEPCI Music Fest pada Sabtu (21 Oktober) di Arena Larkin, Johor ditangguhkan bagi menzahirkan kebersamaan syarikat tersebut dengan saudara Palestin yang menghadapi peperangan pada ketika ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada 11 Julai lalu, restoran makanan segera terkenal, KFC Malaysia telah mengumumkan penganjuran festival muzik sempena ulang tahun syarikat yang ke-50.
Festival Muzik KEPCI 2023 atau KEPCI Music Fest bakal menampilkan lebih 40 pemuzik tempatan.
Penganjuran konsert di dua lokasi iaitu di Stadium Melawati, Shah Alam dan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Sabah telah pun berlangsung pada 26 Ogos serta 6 Oktober lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi Konsert KEPCI Music Festival 2023
KFC Tangguh KEPCI Music Fest Di Arena Larkin Kerana Isu Peperangan Di Gaza
Hari ini (19 Oktober), KFC menerusi platform media sosialnya telah mengumumkan penangguhan KEPCI Music Fest ketiga di Arena Larkin, Johor yang dijadualkan pada Sabtu ini (21 Oktober).
Menerusi kenyataan dimuat naik, penangguhan tersebut difahamkan bertujuan menzahirkan kebersamaan syarikat tersebut dengan saudara Palestin yang terlibat dalam peperangan bersama Zionis Israel pada ketika ini.
“Keputusan ini dibuat dengan berat hati, namun ianya perlu bagi menzahirkan kebersamaan dengan saudara Palestin kita di Gaza.
“Kami berharap rakyat Malaysia memahami situasi krisis yang dialami dan sangat menghargai sokongan anda semua,” tambah KFC lagi.
KFC Sedang Kumpul Dana Untuk Bantu Rakyat Palestin
Bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan dalam pergolakan pada waktu genting ini, pihak KFC kini sedang giat mengumpul dana dan sumbangan untuk disalurkan kepada komuniti di Gaza.
Dalam pada itu, sebarang info lanjut tentang inisiatif tersebut akan diuar-uarkan kepada orang ramai dalam masa terdekat.

Reaksi Netizen Terhadap Penangguhan KEPCI Music Fest Ke-3
Menjengah ke ruangan komen di Instagram rasmi milik (@kfcmalaysia), ramai juga netizen yang berpendapat bahawa berita itu seharusnya diberi notis lebih awal kepada pengunjung.
“Niat tu betul dah, tapi perlu inform lebih awal, isu pun bukan baru. Burn bayaran hotel,” ujar seorang wanita.
Tambah seorang pengguna, penangguhan konsert yang dijadualkan pada Sabtu ini tidak sepatutnya diberitahu pada saat akhir.
Ada juga yang memberikan idea kepada KFC untuk membatalkan sahaja konsert tersebut.
Walaupun ramai yang berang terhadap keputusan saat akhir ini, namun orang ramai telah memuji syarikat tersebut kerana prihatin terhadap isu semasa yang sedang berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Musid Festival, Ini Penjelasan Dari Menteri Agama
Baca Artikel Berkaitan: KFC Malaysia Celebrates 50 Years Of Finger Lickin’ Good Moments With 2023 KEPCI Music Fest
https://kepcimusicfest.com/notice.jpg
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram