Now Reading
Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Musid Festival, Ini Penjelasan Dari Menteri Agama

Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Musid Festival, Ini Penjelasan Dari Menteri Agama

Menteri Agama Datuk Setia Dr Na’im Mokhtar memaklumkan konsert KEPCI Music Festival 2023 ini adalah anjuran syarikat korporat serta swasta dan bukannya pihak kerajaan.

pelajar tahfiz konsert KEPCI (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah persembahan konsert KEPCI Music Festival 2023 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor yang berlangsung pada Sabtu lalu (26 Ogos) telah menimbulkan satu kontroversi melibatkan jemputan penonton.

Ketika persembahan tersebut yang bermula sekitar jam 8:30pm, team TRP turut berada di lokasi konsert dan melihat kehadiran pelajar-pelajar tahfiz memasuki stadium kira-kira jam 7:50pm.

Walau bagaimanapun, ramai netizen meluahkan rasa kurang senang dengan kehadiran pelajar tahfiz itu kerana beranggapan golongan tersebut tidak sepatutnya didedahkan dengan hiburan sedemikian.

Susulan isu yang tular itu, ramai pihak yang meminta kenyataan dari Menteri Agama.

Sumber: TikTok @mal.shazz77

Menteri Agama Tampil Beri Penjelasan Tentang Isu Pelajar Tahfiz Dijemput Ke Konsert KEPCI Music Festival

Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter @DSDrNaim), Menteri Agama Datuk Setia Dr Na’im Mokhtar tampil memberi penjelasan berhubung isu yang tular berlaku di konsert KEPCI Music Festival.

Beliau memaklumkan bahawa program berkenaan dianjurkan oleh syarikat korporat serta swasta dan bukanlah anjuran pihak kerajaan.

Pejabat Menteri Hal Ehwal Agama turut menghubungi pihak penganjur untuk mendapatkan keterangan tentang jemputan pelajar tahfiz ke festival terbabit.

Makluman yang diterima oleh penganjur ialah jemputan pelajar-pelajar tersebut ke konsert berkenaan telah dibuat oleh pihak ketiga yang menaja golongan kurang bernasib baik dari sebuah madrasah masyarakat Rohingya di Shah Alam.

Menteri Agama Datuk Setia Dr Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, beliau memberi teguran agar pihak yang terlibat dalam menganjurkan sebarang program berbentuk hiburan untuk menjaga sensitiviti serta adat ketimuran.

Walaupun program hiburan adalah dibenarkan, teguran saya kepada semua pihak dalam menganjurkan program untuk lebih berhati-hati dan cermat dalam menjaga sensitiviti agama, adab serta adat ketimuran kita.

Menteri Agama Datuk Setia Dr Na’im Mokhtar.

Tambah beliau lagi, pihak terlibat juga perlu menilai semula pengisian program mengikut kesesuaian lebih-lebih lagi jika ia turut dihadiri oleh golongan muda serta pelajar-pelajar tahfiz.

Video tersebut diakhiri dengan nasihat agar isu ini dijadikan sebagai pengajaran agar lebih mengikut garis panduan yang disediakan.

Beliau juga telah meminta pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memanggil pihak berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.


Individu Tampil Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Ke Konsert KEPCI Music Festival 2023

Berdasarkan satu kenyataan tular, seorang individu dikenali sebagai Andrie Ung Han Xiang telah tampil mengakui sebagai pihak yang membawa masuk pelajar tahfiz ke konsert KEPCI Music Festival 2023.

Andrie menjelaskan bahawa dia dan rakannya berjaya mengumpul sumbangan untuk membawa sekitar 700 orang anak yatim dari 22 rumah kebajikan bagi memeriahkan festival muzik tersebut.

Andrie juga memaklumkan bahawa dia serta rakannya secara ikhlas mengajak pelajar tahfiz berkenaan untuk menghadiri festival tersebut.

Tujuan kami adalah ikhlas dan jelas untuk menjemput mereka bersama-sama bagi memeriahkan festival tersebut yang turut menyediakan permainan kanak-kanak iaitu ‘Bouncing Castle’ dan lain-lain.

Andrie Ung Han Xiang.
Sumber: TRP

Untuk info, sekumpulan pelajar tahfiz berkenaan telah beredar dari stadium sekitar jam 9:00 malam iaitu sebelum ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Artikel Berkaitan: Individu Mengaku Bawa Pelajar Tahfiz Pergi Konsert KEPCI Music Festival 2023

Artikel Berkaitan: “Jemputan Ke Majlis Maksiat Dibenci Allah” – Isu Pelajar Tahfiz Ke Konsert, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Komen

Sumber: Twitter Dato’ Setia Dr. Na’im


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd