Now Reading
Michelle Yeoh Sah Kahwini Jean Todt, Seorang Ahli Perniagaan Dari Perancis

Michelle Yeoh Sah Kahwini Jean Todt, Seorang Ahli Perniagaan Dari Perancis

Pasangan ini dikatakan telah berkahwin semalam di Geneva, Switzerland dengan kehadiran sahabat terdekat serta ahli keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tan Sri Michelle Yeoh yang merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Oscars ke-95 menerusi watak Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once kini telah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Perancis iaitu Jean Todt.

Pasangan ini dikatakan telah berkahwin semalam di Geneva, Switzerland dengan kehadiran sahabat terdekat serta ahli keluarga.

Karier Yeoh meliputi beberapa dekad dan genre, dari filem-filem awalnya di Hong Kong di mana beliau melakukan aksi sendiri, hingga peranan pentingnya di Hollywood, seperti dalam filem Tomorrow Never Dies dan Crouching Tiger, Hidden Dragon.

Pada tahun 2022, Yeoh merangkul kemenangan untuk lakonannya dalam filem komedi fiksyen sains Everything Everywhere All at Once, di mana beliau menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Golden Globes dan Anugerah Akademi.

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscars. Tahniah!

Selain daripada kerjaya lakonannya, Yeoh juga dikenali atas kerja filantropi dan aktivisme. Beliau adalah pelindung projek Save China’s Tigers dan telah terlibat dalam pelbagai isu kesihatan dan kesejahteraan, termasuk AIDS dan keselamatan jalan raya.

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Menang Lagi! Terkejut Terima Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG 2023

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!


Michelle Yeoh Pernah Berkahwin & Bertunang Sebelum Ini

Berbahas tentang soal kehidupan peribadinya, Yeoh sebelum ini telah berkahwin dengan usahawan Hong Kong, Dickson Poon, dari tahun 1988 hingga 1992. Beliau juga pernah bertunang dengan ahli cardiologi Amerika, Alan Heldman, pada tahun 1998.

Walau bagaimanapun, hubungannya dengan Jean Todt adalah yang paling berkekalan lama. Todt, yang pernah menjadi pengurus am dan CEO Scuderia Ferrari dan kemudiannya presiden FIA, menjadi pasangan Yeoh sejak tahun 2004.

Pasangan ini kini tinggal di Geneva, Switzerland.

Perkahwinan Yeoh dengan Todt menandakan babak baru dalam kehidupan dan kerjayanya bermula saat ini.

Beliau juga difahamkan bakal membintangi siri terbaru The Brothers Sun untuk Netflix dan filem adaptasi muzikal Wicked arahan Jon M. Chu.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd