Now Reading
Michelle Yeoh Menang Lagi! Terkejut Terima Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG 2023

Michelle Yeoh Menang Lagi! Terkejut Terima Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG 2023

Tan Sri Michelle Yeoh menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Screen Actors Guild Awards ke-29.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencatat sejarah apabila beliau dinobatkan sebagai wanita Asia pertama memenangi anugerah di Screen Actors Guild Awards (SAG-AFTRA) ke-29 selepas memegang peranan sebagai watak utama dalam filem terkemuka.

Beliau telah memenangi anugerah sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi watak utama menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

Calon lain yang turut tersenarai dalam kategori tersebut termasuklah:

  • Cate Blanchett untuk filem Tar.
  • Viola Davis untuk filem The Woman King.
  • Ana de Armas untuk filem Blonde.
  • Danielle Deadwyler untuk filem Till.

Saya rasa kalau saya bercakap, hati saya akan meletup. SAG-AFTRA, untuk mendapatkan anugerah ini, anda yang turut berada dalam perjalanan sama akan memahami betapa peritnya untuk sampai ke tahap ini. Setiap jatuh bangunnya ibarat ‘roller coaster’. Tetapi yang paling penting, kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih atas kasih sayang dan juga sokongan anda.

Tan Sri Michelle Yeoh.

Disebabkan terlalu terkejut, Yeoh berhenti sebentar dan berpaling dari orang ramai untuk menenangkan dirinya.

Tetapi beliau secara tiba-tiba mengeluarkan jeritan “f**k” dan “s**t” yang membuatkan para tetamu di dalam dewan berkenaan ketawa.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa anugerah yang diterima itu bukan sahaja untuk dirinya, tetapi untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti beliau.

Dia juga sempat memberi jeritan kepada Sally Field dalam ucapannya.

Apa yang dia (Sally) cakap semua benda betul kerana kami berada di sini disebabkan kami suka dengan apa yang kami lakukan dan kami tidak akan berhenti melakukannya kerana terlalu menyukainya. Apa-apa pun, terima kasih kerana memberikan saya tempat duduk di meja kerana ramai di antara kita memerlukan ini. Kami mahu dilihat, didengari dan malam ini, anda telah membuktikan kepada kami bahawa ia suatu perkara yang tidak mustahil. Saya bersyukur dan saya yakin ibu saya juga akan berterima kasih kepada anda semua.

Tan Sri Michelle Yeoh.

Kemenangan untuk Yeoh ini dikecapi selepas dia menerima pencalonan Oscar pertamanya untuk filem yang sama dan kemenangan Golden Globe 2023 sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi kategori muzik atau komedi.

Pelakon lain dalam filem Everything Everywhere All at Once iaitu Ke Huy Quan pula menjadi lelaki Asia pertama memenangi anugerah lakonan filem individu dalam sejarah SAG manakala Stephanie Hsu dicalonkan di bawah pelakon pembantu.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!

BACA JUGA: Michelle Yeoh Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Dalam Oscar Bagi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

BACA JUGA: Michelle Yeoh Hiasi Muka Depan Majalah TIME Selepas Dipilih Sebagai ‘Icon Of The Year’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd