Now Reading
Siapa Sebenarnya Gerangan Suami Michelle Yeoh, Jean Todt Ini?

Siapa Sebenarnya Gerangan Suami Michelle Yeoh, Jean Todt Ini?

Jean Todt dan Michelle Yeoh telah mengikat tali pertunangan selama 19 tahun dan akhirnya sah menjadi suami isteri pada 27 Julai 2023 di sebuah majlis yang diadakan di Switzerland.

jean todt suami michelle yeoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, hari ini (28 Julai) telah tersebarnya berita mengenai perkahwinan Tan Sri Michelle Yeoh, 60, bersama dengan pilihan hati, Jean Todt, 77.

Pasangan ini telah sah bergelar suami dan isteri di sebuah majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat di Geneva, Switzerland pada semalam (27 Julai 2023). Untuk rekod, Michelle Yeoh dan Jean Todt telah bertunang selama 19 tahun.

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Sah Kahwini Jean Todt, Seorang Ahli Perniagaan Dari Perancis


Bagaimana Yeoh & Totd Berjumpa?

Berita gembira ini telah dikongsikan oleh @massafelipe menerusi Instagram di mana nota di majlis perkahwinan tersebut jelas tertulis bahawa mereka berdua pertama kalinya berjumpa di Shanghai, China, pada 4 Jun 2004.

Tidak lama kemudian iaitu pada 26 Julai tahun yang sama, Jean melamar Yeoh dan menerima jawapan ‘YES‘.

Tarikh 27 Julai 2023 menjadikannya hari ke 6,992 hubungan mereka berdua dan akhirnya mengikat tali perkahwinan dan bergelar suami dan isteri dengan sah.


“What A Journey!”

Michelle Yeoh telah menerima kejayaan yang luar biasa sepanjang beliau melebarkan sayapnya dalam industri hiburan. Lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once menjadikan Yeoh sebagai pemenang untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscars. Tahniah!

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Menang Lagi! Terkejut Terima Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG 2023

Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!

Dan semestinya, pada hari bersejarah ini Yeoh ditemani oleh ‘longtime partner’ beliau iaitu Jean Todt sendiri bagi menyaksikan sendiri betapa hebatnya seorang Michelle Yeoh.

Pada malam penuh bermakna itu, Todt turut memuat naik ciapan menerusi Twitter (X) miliknya yang menyatakan betapa beliau bangga terhadap tunangnya itu.

“Moment of pure grace and immense happiness! What a journey! So proud of Michelle who received the Oscar Academy Award for best actress,” ciap Todt.


Siapakah Jean Todt?

Jean Todt, 77, merupakan individu yang berasal dari Selatan Perancis dan beliau dilahirkan di Pierrefort pada 25 Februari 1946. Todt menyambung pelajaran di École des Cadres School of Economics and Business di Paris.

Sebelum menyertai Formula One, Todt pertama kali menjadi co-driver bersama bintang rally kelas dunia pada akhir tahun 60-an dan awal tahun 70-an, kemudian menjadi pengarah Peugeot Talbot Sport dari tahun 1982 hingga 1993.

Di bawah kepimpinannya, Peugeot memenangi kedua-dua Kejuaraan Rally Dunia dan Le Mans.

Dua tahun kemudian, Michael Schumacher menyertai pasukan Ferrari sebagai pemandu, membentuk salah satu era ikonik dalam sejarah sukan permotoran. Schumacher memenangi lima (5) kejuaraan pemandu berturut-turut dengan Ferrari bermula dari tahun 2000 hingga 2004.

Dengan kejayaan yang dicapai oleh Ferrari, Todt akhirnya diberi gelaran CEO dan kemudiannya memegang jawatan selaku penasihat khas untuk pasukan tersebut. Walaupun begitu, setelah meninggalkan Ferrari pada tahun 2009, Todt terus berkecimpung dalam Formula One.

Ketika ini, Todt bekerja sebagai seorang eksekutif dalam bidang perlumbaan dan permotoran.

Beliau pernah menjadi pengarah Peugoet Talbot Sport dan merupakan CEO Ferrari dari tahun 2004 hingga 2009. Dari tahun 2009 hingga 2021, Todt merupakan presiden Fédération Internationale de l’Automobile (FIA). Beliau telah menjalani tiga penggal sebagai presiden FIA sebelum meninggalkan jawatan tersebut pada tahun 2021. Organisasi tersebut mengawasi Formula One World Championship.

Dari segi bidang amal kebajikan pula, Todt bertugas sebagai Penasihat Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Keselamatan Jalan Raya.


FUN FACT: Todt amat dikenali sebagai seorang yang sering mengenakan setiap koleksi jam tangan mewahnya (dan bukan hanya disimpan di dalam peti besi). Beliau juga mempunyai banyak masa untuk membeli jam tangan baharu sejak melepaskan jawatan sebagai bos FIA dan kini secara rasminya beliau telah selamat bersara.

Menurut pelbagai sumber, Jean Todt mempunyai nilai bersih yang dianggarkan berjumlah antara $16 juta hingga $18 juta pada tahun 2023. Kekayaan yang mengagumkan ini diperoleh daripada kariernya yang panjang dan cemerlang dalam sukan permotoran, serta pelaburan dan usaha perniagaannya yang lain.

Todt memiliki seorang anak lelaki, Nicolas Todt yang juga seorang pemandu dan penerima anugerah di trek perlumbaan.
(Sumber: IG/MichelleYeoh)

Untuk rekod, Yeoh sebelum ini telah berkahwin dengan usahawan Hong Kong, Dickson Poon, dari tahun 1988 hingga 1992. Beliau juga pernah bertunang dengan ahli cardiologi Amerika, Alan Heldman, pada tahun 1998. Walau bagaimanapun, hubungannya dengan Jean Todt adalah yang paling berkekalan lama.

Tahniah kami ucapkan kepada Yeoh & Todt di atas perkahwinan ini!

Sumber: Insider | South China Post | Elle.com


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd