Now Reading
Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscars. Tahniah!

Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscars. Tahniah!

Tan Sri Michelle Yeoh merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Oscars ke-95 menerusi watak Evelyn Wang dalam filem Everything Everwhere All At Once.

Michelle Yeoh Jadi Rakyat Malaysia Pertama Menang Oscar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pelakon wanita terkenal, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi melakar sejarah dalam industri hiburan selepas beliau menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi Anugerah Oscars ke-95 di Amerika Syarikat.

Michelle Yeoh telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi watak Evelyn Wang dalam filem Everything Everwhere All At Once.

Kemenangan yang diperolehi oleh anak kelahiran Ipoh ini di Dolby Theatre, Los Angeles telah mengalahkan calon-calon yang turut tersenarai iaitu:

  • Cate Blanchett 
  • Ana De Armas
  • Michelle Wiliams
  • Andrea Riseborough

Kejayaan Michelle Yeoh ini juga menjadikan beliau sebagai pelakon Asia pertama yang pernah memenangi anugerah berprestij itu.

Michelle yang menggayakan busana putih dari jenama Dior itu dalam ucapannya memberitahu bahawa anugerah yang diterima itu menjadi bukti bahawa setiap impian boleh menjadi kenyataan.

Kepada lelaki dan wanita di luar sana yang melihat saya, ini adalah bukti bahawa sesuatu impian boleh menjadi kenyataan. Dan kepada para wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu awak bahawa masa lampau menjadi penghalang.

Tan Sri Michelle Yeoh.

Pelakon Pembantu Filem Everything Everwhere All At Once Juga Rangkul Anugerah Oscars

Dalam pada itu, beberapa pelakon dan individu yang terbabit dalam filem Everything Everwhere All At Once turut merangkul kejayaan dalam Anugerah Oscar yang berlangsung pada hari ini (13 Mac).

Antaranya:

  • Ke Huy Quan – (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
  • Jamie Lee Curtis – (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
  • Daniel Kwan dan Daniel Scheinert – (Lakonlayar Terbaik)
  • Paul roger – (Suntingan Filem Terbaik)

Menurut laporan berita, filem Everything Everywhere All at Once secara rasmi menjadi filem paling mendapat anugerah di dunia sepanjang masa.

Menurut laporan berita, filem Everything Everywhere All at Once secara rasmi menjadi filem paling banyak mendapat anugerah di dunia sepanjang masa.

EEAAO mengetuai Anugerah Akademi ke-95 dengan 11 pencalonan, termasuklah kategori Pengarah Terbaik dan Gambar Terbaik.

Filem ini telah dianugerahkan 158 pengiktirafan daripada upacara dan organisasi besar dan berjaya mengatasi The Lord of The Rings: The Return of the King yang menerima 101 anugerah.


Sebelum ini, Michelle Yeoh juga pernah memenangi beberapa anugerah yang lain seperti Anugerah Golden Globe dan juga Pelakon Wanita Terbaik Di Screen Actors Guild Awards ke-29.

BACA JUGA: Michelle Yeoh Menang Lagi! Terkejut Terima Trofi Pelakon Wanita Terbaik Di Anugerah SAG 2023

BACA JUGA: Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd