Now Reading
Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!

Michelle Yeoh Menang Anugerah Golden Globe, Cipta Sejarah Sebagai Pelakon Malaysia Pertama!

Michelle Yeoh juga memenangi anugerah beliau menerusi pencalonan dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Farahin Fadzil
michelle-yeoh-national-board-of-review-and-golden-globe-eeao

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang pelakon Malaysia iaitu Tan Sri Michelle Yeoh dinobatkan sebagai pelakon Asia pertama yang memenangi National Board of Review Awards pada majlis gala yang diadakan di New York City pada Ahad lalu (8 Januari).

Beliau telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi pencalonan wataknya dalam filem blockbuster indie A24 iaitu Everything Everywhere All at Once (EEAO).

Dalam EEAO, Yeoh melakonkan watak sebagai seorang ibu yang melakukan pengembaraan di pelbagai dimensi alam untuk menyelamatkan dunia.

Semasa memberikan ucapannya, Yeoh berkata anugerah yang diterimanya itu membuat dirinya rasa seperti memasuki alam meta (metaverse).

Kebiasanya apabila seseorang menerima salah satu daripada anugerah ini, mereka berkata, ‘Saya tidak boleh memberitahu anda semua betapa bermaknanya anugerah ini kepada saya.’ Tetapi pada malam ini saya ingin memberitahu anda dengan jujurnya betapa bermaknanya anugerah ini buat saya.

Tan Sri Michelle Yeoh berkata ketika di National Board of Review Awards.

Yeoh juga berkata dia amat berbangga menjadi pelakon Asia pertama menerima anugera tersebut dalam tempoh 45 tahun adanya National Board of Review Awards ini.

Saya berharap dengan kemenangan ini bolel membuka mata Hollywood dan komuniti pembikinan filem bagi menyedari betapa hebatnya filem ini. Saya juga berharap mereka dapat lihat apa yang saya perjuangkan dan cuba mencapainya dalam kerjaya saya selama empat dekad.”

Tan Sri Michelle Yeoh.

Michelle Yeoh Raih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem Kategori Muzikal/Komedi

Kejayaan Michelle Yeoh semakin berkembang maju selepas dianugerahkan satu lagi kejayaan selepas menempa nama sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem bagi kategori Muzikal/ Komedi di Anugerah Golden Globe ke-80 menerusi filem yang sama.

Ketika temu bual bersama CBS Sunday Morning, Yeoh meluahkan rasa terujanya selepas diberi pengiktirafan oleh pembikin filem Daniel Kwan dan Daniel Scheinert yang memberi peluang kepada diri beliau untuk menunjukkan kemampuan sebagai seorang pelakon.

Selepas selesai membaca skrip, Yeoh amat gembira kerana ia merupakan suatu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh beliau dalam tempoh yang sangat lama sepanjang kariernya.

Mereka [the Daniels] berfikir, ‘Dia boleh bawa watak ini. Jika ada sesiapa dalam industri ini yang boleh melakukan aksi berlawan, kelakar, dramatik, ikhlas dan semua jenis perkara, kami percaya Michelle mampu melakukannya.

Tan Sri Michelle Yeoh berkata ketika sesi temubual bersama CBS Sunday Morning.

Yeoh juga telah bercakap tentang kekurangan peluang terhadap pelakon Asia dalam industri ini kerana faktor usia dan bangsa.

Beliau menjelaskan apabila umurnya semakin berusia, faktor itu lebih diambil perhatian berbanding kemampuannya dalam bidang lakonan.

Sebagai contoh, pelakon lelaki yang lebih tua masih mendapat peranan dalam filem fiskyen di mana mereka boleh memainkan watak pengembaraan bersama anak perempuan mereka yang lebih muda.

Dalam sesi meja bulat The Hollywood Reporter, Yeoh bercerita kepada pelakon lain bahawa dia pernah berasa iri hati melihat pelakon lain kerana mereka lebih banyak diberi peluang untuk mencuba pelbagai watak.

Namun, bagi pelakon Asia sepertinya hanya mendapat peluang sekali seumur hidup.

Yeoh turut meluahkan dia tidak mahu perkembangan kerjayanya itu semakin perlahan atau berakhir selepas mencapai usia tertentu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd