Now Reading
Kongsi Gambar Kaki Bayi, Netizen Sangka Michelle Yeoh Timang Anak Pada Tahun 2024

Kongsi Gambar Kaki Bayi, Netizen Sangka Michelle Yeoh Timang Anak Pada Tahun 2024

Tan Sri Michelle Yeoh telah berkongsi gambar dia memegang kaki bayi dengan kapsyen ia adalah satu keajaiban yang berlaku pada hari pertama tahun 2024.

cucu michelle yeoh

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sudah berkahwin, setiap pasangan pastinya akan menanti zuriat bagi menaikkan seri rumah tangga mereka dengan kehadiran si kecil.

Pada masa yang sama, ahli keluarga kita juga akan teruja jika menerima berita gembira tersebut.

Dengan kehadiran bayi itu, ia secara tidak langsung ‘menaik taraf’ status seseorang daripada seorang suami kepada ayah, isteri kepada ibu dan juga pangkat nenek serta atuk.


Michelle Yeoh Muat Naik Gambar Kaki Bayi

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@michelleyeoh_official), pelakon antarabangsa iaitu Tan Sri Michelle Yeoh telah berkongsi gambar dia memegang kaki bayi dengan kapsyen ia adalah satu keajaiban yang berlaku pada hari pertama tahun 2024.

Michelle juga meluahkan rasa bersyukur dan tidak dapat menggambarkan rasa gembiranya dengan perkara tersebut.


Netizen Keliru Gambar Kaki Bayi Itu Anak Michelle Yeoh Atau Bukan

Melihat di ruangan komen hantaran, ia telah dipenuhi dengan pelbagai ucapan dari netizen selepas melihat gambar kaki bayi tersebut.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Michelle kerana teruja dengan berita gembira itu.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang keliru sama ada gambar kaki bayi berkenaan adalah anak kepada Michelle atau cucunya memandangkan usia pelakon wanita berkenaan yang sudah mencecah 61 tahun.

Namun segelintir netizen pula berpendapat gambar kaki bayi itu adalah cucunya kerana Michelle tidak membuat sebarang pengumuman tentang dirinya yang hamil.

Sumber: Instagram

Gambar Kaki Bayi Bukan Anak Michelle Yeoh Tetapi Adalah Cucunya

Dalam beberapa hantaran yang lain, Michelle telah mengucapkan terima kasih kepada Nicolas dan Darina kerana menjadikan mereka atuk dan nenek yang sangat bangga dengan kehadiran cucu mereka bernama Maxime.

Hantaran berkenaan secara tidak langsung telah menjernihkan kekeliruan netizen yang bertanya tentang status gambar kaki bayi yang dimuat naik oleh Michelle sebelum ini.


Michelle Yeoh Berkahwin Dengan Ahli Perniagaan Perancis

Tan Sri Michelle Yeoh yang merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Oscars ke-95 menerusi watak Evelyn Wang dalam filem Everything Everywhere All At Once kini telah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Perancis iaitu Jean Todt pada Julai 2023.

Sumber: Instagram (@michelleyeoh_official)

Michelle sebelum ini telah berkahwin dengan usahawan Hong Kong, Dickson Poon, dari tahun 1988 hingga 1992. Beliau juga pernah bertunang dengan ahli cardiologi Amerika, Alan Heldman, pada tahun 1998.

Walau bagaimanapun, hubungannya dengan Jean Todt adalah yang paling berkekalan lama. Todt, yang pernah menjadi pengurus am dan CEO Scuderia Ferrari dan kemudiannya presiden FIA, menjadi pasangan Yeoh sejak tahun 2004.

Baca Artikel Berkaitan: Michelle Yeoh Sah Kahwini Jean Todt, Seorang Ahli Perniagaan Dari Perancis

Baca Artikel Berkaitan: Siapa Sebenarnya Gerangan Suami Michelle Yeoh, Jean Todt Ini?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd