Wanita Guna Servis Grab Minta Tolong Kejutkan Anak & Suami Di Rumah. Lain Macam!
Pekerja gig ekonomi itu juga mengakui pertama kali menerima pekerjaan menerusi aplikasi itu untuk mengejutkan orang bangun dari tidur.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Kalau anda bertanya kepada mereka yang bekerja dalam sektor ekonomi gig e-hailing serta p-hailing seperti pemandu dan rider penghantar makanan, mesti ada pelbagai jenis pengalaman yang mereka lalui sepanjang melakukan pekerjaan mereka.
Sebelum ini, pernah ada rider yang siap tolong pekerja kedai makan menebar roti canai kerana pesanan yang terlalu banyak. Itu baru betul terma ‘rider is preparing your order’.
Bukan itu sahaja, ada juga rider yang berkongsi kisah pernah meletakkan makanan pelanggan ke dalam baldi dan ia ditarik dari sebuah flat pada tingkat atas sekali.
BACA JUGA: [Video] Raih 1 Juta Tontonan, Rider foodpanda Bantu Tebar Roti Canai Siapkan Order. Terbaik!
BACA JUGA: [Video] Pelanggan Permudah Kerja Abang Panda, Hantar Makanan Guna Baldi Je!
BACA JUGA: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik
Wanita Minta Tolong Pemandu Grab Kejutkan Anak Dan Suami Di Rumah Kerana Panggilan Telefon Tidak Diangkat
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter (@ennietrando), wanita ini berkongsi kisah rakannya yang difahamkan tidak berada di rumah dan terpaksa mengejut ahli keluarga bangun tidur.
Namun selepas beberapa panggilan telefon dibuat, tiada seorang daripada ahli keluarga yang mengangkatnya.
Situasi ini membuatkan si ibu gelisah kerana anak-anaknya perlu menghadiri kelas pada hari Ahad di gereja dan suaminya perlu menghantar mereka.
Disebabkan panggilan telefon tidak dijawab, wanita ini mengambil keputusan di luar kotak dengan menggunakan servis daripada pemandu Grab untuk membuat ‘wake-up call’ dengan menekan loceng rumah mereka.
Akhirnya selepas beberapa kali loceng ditekan, anak lelaki kepada wanita berkenaan membuka pintu rumah.
Pemandu tersebut juga diamanahkan untuk menyampaikan mesej pesanan dari si ibu kepada kanak-kanak tersebut.
And bagitahu dia kasi bangun daddy. Mesti kasi bangun kalau tidak, tidak boleh graduate Sunday School. Itu ja bos. Thank you ah.
Wanita yang meminta tolong untuk mengejutkan ahli keluarganya.
Pekerja gig ekonomi itu juga mengakui pertama kali menerima pekerjaan menerusi aplikasi itu untuk mengejutkan orang bangun dari tidur.
My friend today: She’s not home. Left her husband & kids at home. Kids need to attend Sunday School. The husband slept in, not waking up to send kids to church. She called mutiple times to no avail. She had to use abam Grab service just to ring their doorbell. pic.twitter.com/WMvvY1rk9M
— Incandescent of Enniebelle du jour (@ennietrando) July 9, 2023
Cara ‘Berfikir Di Luar Kotak’ Oleh Si Ibu Raih Pujian Dari Netizen
Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan mereka kagum dengan cara kreatif yang dilakukan oleh wanita berkenaan untuk mengejutkan ahli keluarga di rumah.
Pada masa sama, mereka juga memuji pemandu Grab itu yang tetap menjalankan amanahnya walaupun mengakui tugas yang diberikan agak pelik.
Beberapa netizen juga menceritakan pengalaman mereka pernah meminta pertolongan menerusi tempahan yang dibuat di aplikasi e-hailing seperti membelikan minyak kerana kereta kehabisan minyak di tengah jalan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.