Now Reading
[Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik

[Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik

Terhibur betul dengan telatah rider-rider foodpanda ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, banyak betul gelagat rider syarikat penghantaran makanan yang mencuit hati orang ramai. Macam-macam jenis perangai.

Rupanya, mereka semua ini berbakat juga.

Selain menghantar makanan, bakat terpendam mereka mungkin suka menghiburkan hati orang lain?

BACA JUGA: [Video] Raih 1 Juta Tontonan, Rider foodpanda Bantu Tebar Roti Canai Siapkan Order. Terbaik!

Tengoklah, ada yang siap pakej tebar roti canai.

Baru betul terma ‘rider is preparing your order’. 😀

Rider foodpanda ‘buat hal’ lagi

Dua hari lalu, seorang pengguna TikTok @maryamlegacy telah memuat naik satu video menunjukkan seorang rider foodpanda dilihat menghantar makanan terus ke dalam bilik pelanggan.

Yang paling kelakarnya, pelanggan waktu tu tengah tidur.

Dia siap datang dengan pakej kejut pelanggan, dan hulurkan makanan yang dipesan.

Cool tak cool?

@maryamlegacy #foodpandamalaysia ♬ Laughing Hard – Tik Tok
@maryamlegacy Reply to @memei656 ♬ original sound – Maryam Legacy

Ini baru betul definisi ‘kami hantar terus kepada anda’.

Netizen pun berdekah. Lawak betul!

Perkongsian mencuit hati seperti ini sememangnya mudah untuk mendapat perhatian orang ramai, termasuk kami. 😀

Tak pernah terfikir untuk dibuat orang pula hantar makanan sampai ke dalam bilik.

Salute abang foodpanda!

Kredit: TikTok @maryamlegacy
Kredit: TikTok @maryamlegacy
Kredit: TikTok @maryamlegacy

Servis lima bintang!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd