Now Reading
[Video] Pelanggan Permudah Kerja Abang Panda, Hantar Makanan Guna Baldi Je!

[Video] Pelanggan Permudah Kerja Abang Panda, Hantar Makanan Guna Baldi Je!

Ini baru betul fikiran luar kotak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pekerjaan sebagai penghantar makanan sememangnya mencabar. Tatkala musim hujan lebat mahupun terlampau panas juga boleh dijadikan sebagai cabaran buat mereka ini.

Terutamanya yang membawa motosikal.

Tapi apakan daya, demi mencari rezeki yang halal terpaksalah redah juga dalam keadaan cuaca panas ataupun hujan sekalipun.

Sumber: Foodpanda Malaysia

Tapi kadang-kadang boleh tahan berdekah juga kerenah serta aksi yang dilakukan oleh rider penghantar makanan ini.

Macam-macam jenis perangai ada. Kebanyakannya memang kreatif.

BACA JUGA: [Video] Rider Foodpanda Ini Tawar ‘Servis’ Hantar Makanan & Kejut Pelanggan Terus Dalam Bilik

Pelanggan pun kreatif juga!

Selalunya abang-abang rider yang selalu buat sesuatu yang menghiburkan, tapi kali ini lain pula ceritanya.

Seorang pelanggan didapati ‘memudahkan’ kerja Abang Panda ketika menghantar makanan di rumahnya dengan menyediakan sebuah baldi dari tingkat atas untuk diletakkan makanan yang dipesan.

Ini baru betul fikiran luar kotak.

Selain itu, mungkin juga bertujuan untuk tidak memenatkan penghantar makanan untuk menaiki rumah yang dilihat tidak mempunyai lif.

@anasmansor99 Jauhi covid, dekati saya 🤭 #foodpandamalaysia ♬ original sound – Abang Panda

Video tersebut ternyata meraih perhatian ramai sehingga mendapat lebih 1.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Netizen puji tindakan pelanggan

Menjengah di ruangan komen video tersebut, rata-rata memuji tindakan pelanggan itu yang disifatkan sebagai memudahkan urusan individu lain.

Tapi ada juga yang terhibur dengan pemilihan lagu menerusi video itu.

“Zam Zam Ala Kazam!”

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia kita seharusnya menjadi individu yang bertolak ansur dan mencuba sebaik mungkin untuk memudahkan urusan orang lain.

Hari ini hari dia, esok hari kita pula.

Siapa tahu? 🙂

BACA JUGA: [Video] Tindakan Rider Foodpanda Dipuji Lepas Bantu Tolak Motor Pakcik Tua Yang Rosak


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd