[Video] Raih 1 Juta Tontonan, Rider foodpanda Bantu Tebar Roti Canai Siapkan Order. Terbaik!
Kalau nak cepat, buat sendiri. Serba boleh betul rider foodpanda ni.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Beberapa minggu lalu, kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap telah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun, beliau turut menjelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah lengkap dua dos dan melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
Atau, bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (contohnya Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
BACA SINI: [Terkini] Dine-In & Kemudahan Tambahan Lain Dibenarkan Bagi Negeri Di Fasa 1 PPN & Seterusnya
Rider foodpanda tolong siapkan order
Semalam telah viral satu video di TikTok menunjukkan seorang rider foodpanda dilihat membantu warga emas yang juga peniaga di gerai dengan menebar roti canai selepas menerima banyak pesanan yang tak sempat disiapkan.
Video tersebut telah berjaya meraih lebih 1 juta tontonan setakat ini.
Rare betul tengok rider foodpanda tolong siapkan order. Biasanya mereka akan tunggu di tepi sementera peniaga siapkan makanan.
@dtgilham Byk sgt order😂 ##foodpanda ##esekeli ##fypシ
♬ original sound – fafa panda 🐼🤍
Ye lah, kalau tunggu nanti lagi lama lah order tak berjalan. Kesian pula kat pelanggan, tapi kesian juga kat pakcik tu kena siapkan seorang diri.
Terbaikla rider foodpanda ni.
Pakcik baru join foodpanda, tak menang tangan bila order masuk banyak
Menurut salah satu komen video tersebut, pakcik ini dikatakan baru sahaja menyertai sebagai salah satu kedai makan di bawah aplikasi foodpanda yang menawarkan pesanan dan penghantaran makanan ke rumah.
Sebab itulah dia dilihat terlalu sibuk sampai tak menang tangan.
Order pula banyak sangat masuk, masa perlu dikejar.
Netizen bangga
Memang serba boleh rider foodpanda ni.
Ramai yang masih pesan makanan secara dalam talian
Tapi jika dilihat, masih ada beberapa gerai atau restoran pada ketika ini yang tidak membenarkan dine-in.
Mungkin keadaan masih tidak mengizinkan kerana pekerja mereka masih belum lengkap dua dos, atau empunya kedai masih tidak berani mengambil risiko.
BACA SINI: Dine-In Dibenarkan, Tapi Ada Kedai Makan Yang Masih Belum Setuju Untuk Dibuka
Oleh disebabkan itu, masih ramai yang memilih untuk membuat pesanan menggunakan aplikasi foodpanda atau GrabFood dan terus dihantar ke rumah.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.