Now Reading
Dedah Pernah Ambil Wang Dari Kedai, Bekas Pekerja Minta Maaf & Pulangkan Semula Duit Kepada Bos

Dedah Pernah Ambil Wang Dari Kedai, Bekas Pekerja Minta Maaf & Pulangkan Semula Duit Kepada Bos

Bagi menebus semula kesalahannya, bekas pekerja terbabit memulangkan semula beberapa keping duit RM50 bersama surat tersebut kepada pemilik kedai serbaneka itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Zaman sekarang ini, wujud segelintir individu yang tidak jujur dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan.

Mungkin antara punca mereka berbuat demikian adalah kerana faktor tekanan hidup ataupun masalah kewangan yang perlu diselesaikan dengan segera.

Oleh kerana itu, banyak kes kecurian dan rompakan dilaporkan berlaku tidak kira pada waktu siang atau malam.

BACA JUGA: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

BACA JUGA: Wanita Dakwa Rumah Nyaris Dimasuki 2 Lelaki Tak Dikenali, Buka Pagar Guna Kunci Yang Diberi Pada Kontraktor


Bekas Pekerja Minta Maaf Kerana Pernah Ambil Duit Dari Kedai Dan Mahu Pulangkannya Semula

Namun berbeza pula dengan situasi yang berlaku menerusi hantaran dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Shahhul Hamed Sanudin) yang juga memikul tanggungjawab sebagai pemilik kedai serbaneka My Station di Perak.

Menerusi hantaran tersebut, lelaki itu menunjukkan sepucuk surat yang ditulis oleh bekas pekerjanya.

Dalam surat itu, bekas pekerjanya membuat pengakuan dan memohon maaf atas perbuatannya yang pernah mengambil wang dari peti cashier kedai ketika pernah berkerja di kedai berkenaan.

Bagi menebus semula kesalahannya, bekas pekerja terbabit memulangkan semula beberapa keping duit RM50 bersama surat tersebut.

Assalamualaikum kepada Boss Hamid. Dulu saya pernah kerja di sini dan telah mengambil duit dari peti cashier. Kini saya pulangkan semula wangnya, saya minta maaf atas perilaku saya dahulu.

Surat yang ditulis oleh bekas pekerja kedai terbabit.

Pemilik kedai itu meluahkan rasa syukur dengan sikap jujur yang ditunjukkan oleh bekas pekerjanya sambil mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar individu tersebut dimurahkan rezeki.

Dia juga memberi nasihat agar perbuatan itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Alhamdulillah. Terima kasih dan semoga anda dimurahkan rezeki. Jangan buat lagi tau.

Pemilik kedai serbaneka My Station di Perak, Shahul Hamed Sanudin.

Netizen Kagum Dengan Sikap Jujur Bekas Pekerja Minta Maaf Dan Pulangkan Semula Wang Yang Diambil

Hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu mendapat perhatian sehingga ramai netizen memberikan komen tentang situasi tersebut.

Rata-ratanya kagum dengan kejujuran bekas pekerja kedai serbaneka tersebut yang mahu memulangkan semula wang yang diambil ketika pernah berkerja di premis berkenaan.

BACA JUGA: Tindakan Pekerja Shopping Mall Pulangkan Duit RM18K Yang Dijumpai Dalam Troli Raih Pujian Ramai

BACA JUGA: Wanita Jujur Pulangkan Duit RM34,000 Milik Pelancong Yang Tercicir Dapat Pujian Netizen

Ramai yang bersangka baik dan menganggap mungkin individu tersebut mengalami situasi mendesak sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, netizen juga memuji pemilik kedai tersebut yang menerima permohonan maaf bekas pekerjanya dengan hati yang lapang tanpa mengeluarkan kata-kata buruk.

Siap didoakan dengan perkara-perkara yang baik lagi ya. Bertuah sungguh ada bos yang baik macam ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd