Now Reading
Wanita Dakwa Rumah Nyaris Dimasuki 2 Lelaki Tak Dikenali, Buka Pagar Guna Kunci Yang Diberi Pada Kontraktor

Wanita Dakwa Rumah Nyaris Dimasuki 2 Lelaki Tak Dikenali, Buka Pagar Guna Kunci Yang Diberi Pada Kontraktor

Wanita tersebut yang kebetulan sedang berkerja dari rumah (Work From Home) mengakui terkejut apabila terdengar seseorang cuba untuk membuka pintu pagar rumahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tidak dinafikan tinggal bersendirian memberikan kebebasan dan memupuk sikap berdikari dalam diri, tetapi agak membahayakan juga sekiranya tidak berhati-hati.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes rompakan di kawasan rumah yang berlaku tidak kiralah kediaman melibatkan rumah teres atau rumah berstrata.

BACA JUGA: Perompak Tikam Remaja Dengan Pemutar Skru Hingga Cedera Kini Diburu Polis

BACA JUGA: Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock


Wanita Dakwa Lelaki Tidak Dikenali Miliki Kunci Rumahnya Dari Kontraktor

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@farrashafeka) berkongi detik mencemaskan ketika dia sedang berkerja dari rumah.

Wanita itu menceritakan dia terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka ketika sedang menghadiri mesyuarat secara atas talian. Meskipun dalam keadaan takut, wanita ini tampil berani untuk melihat keadaan yang berlaku di luar rumahnya itu.

Dia agak terkejut selepas mendapati dua orang lelaki tidak dikenali cuba untuk membuka pintu rumahnya mengguna kunci. Lebih menjengkelkan lagi, mereka siap boleh tersengih selepas ‘kantoi’ dengan wanita berkenaan.

Ketika ditanya oleh wanita itu, mereka mengatakan kunci tersebut diperoleh daripada pihak kontraktor yang mengubah suai rumah berkenaan.

Wanita itu menceritakan dua orang lelaki itu hanya tersengih sambil ketawa dan menyerahkan semula kunci berkenaan kepadanya sebelum beredar.

Selepas itu, dia terus mengunci semula pintu rumah dan menghubungi abangnya untuk menyuruh pihak kontraktor menukar tombol pintu dengan segera.

Apabila dia menyoal pihak kontraktor, mereka mendakwa kunci dalam simpanannya telah hilang. Malah abangnya juga telah menghubungi pihak pengurusan kediaman untuk menyemak rakaman kamera CCTV.


Netizen Pelik Macam Mana Perkara Tersebut Boleh Berlaku

Nasib menyebelahi wanita tersebut kerana tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku kepadanya pada ketika itu.

Namun, ramai netizen yang tertanya-tanya bagaimana dua orang lelaki berkenaan mengetahui lokasi unit rumah empunya kunci itu.

Mereka turut menasihati wanita berkenaan supaya melaporkan kejadian terbabit kepada pihak berkuasa dan pengurusan kediaman.

Seorang lagi netizen memberi nasihat supaya tidak memberikan kunci rumah kepada kontraktor kerana ia agak tidak selamat untuk berbuat demikian.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd