Now Reading
Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

Kes Samun Rumah Di Putrajaya Makin Parah, Polis Kerap Buat Rondaan & Roadblock

Penyamun didakwa menggunakan modus operandi yang sama untuk merompak rumah di sekitar Putrajaya iaitu dengan mengikat mangsa serta mencuri wang tunai dan barang kemas.

Kes Pecah Rumah Di Putrajaya Makin 'Parah' Buat Ramai Risau (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tidak dinafikan, kejadian jenayah yang berlaku sejak belakangan ini semakin merisaukan.

Buat masa sekarang ini, keselamatan keluarga di rumah perlu menjadi keutamaan kerana kita tidak tahu sekiranya ada yang berniat jahat.

BACA JUGA: Suami Isteri Kemalangan, Nekad Tinggal Mayat Anak & Rompak Kereta Orang Lain

Kejadian rompak rumah sekitar Putrajaya dengan modus operasi hampir sama

Sejak akhir-akhir ini, beberapa kejadian rompakan di kawasan perumahan sekitar Putrajaya menjadi sasaran penjenayah dipercayai warga asing.

Menerusi beberapa perkongsian dimuat naik di laman Facebook Kejiranan Presint 9, Putrajaya, seorang penduduk (@Redza Aziz) memaklumkan terdapat satu kes rompakan bersenjata berlaku di Presint 11B pada 15 September.

Sehari sebelumnya pula, kejadian rompakan dengan modus operasi yang sama juga berlaku di kawasan sekitar.

Seorang lagi pengguna Facebook (@Fardzly Fishol) turut melaporkan kejadian rompakan di sebuah rumah menunjukkan tindakan dua orang penyamun menerusi kamera litar tertutup CCTV yang cuba untuk memasuki rumah penduduk di sana.

Perompak dikatakan menggunakan modus operasi yang sama iaitu dengan memecah masuk rumah, mengikat penghuni, mengancam dengan parang dan mencuri duit serta emas.

Pada 19 September lalu, kejadian rompakan sekali lagi dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Presint 9, Putrajaya.

Memetik laporan Sinar Harian, sekumpulan penjenayah dipercayai warga Indonesia telah melarikan wang tunai dan barang kemas ketika melakukan rompakan dengan modus operasi hampir sama menggunakan senjata parang serta mengikat mangsa menggunakan ‘cable tie’.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, kumpulan penyamun ini aktif melakukan rompakan di kawasan perumahan sekitar jam dua hingga empat pagi.

Sumber: Facebook/ Info Komuniti Purajaya Cyberjaya

Pihak polis kerap buat rondaan dan sekatan jalan raya sekitar Putrajaya

Selepas beberapa laporan kejadian rompakan kerap diterima dalam tempoh singkat, pihak Polis Daerah Putrajaya meningkatkan tahap keselamatan kawasan tersebut dengan melakukan sekatan jalan raya di lokasi tertentu.

Malah pihak polis turut mempertingkatkan rondaan sekitar Putrajaya bagi memantau kejadian samun yang sering terjadi.

Sumber: Facebook/IPD Putrajya

Makluman terkini yang dilaporkan oleh Utusan memberitahu bahawa pihak polis telah berjaya menahan dua orang penjenayah disyaki suspek yang terlibat dalam kejadian rompakan di Presint 9.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahya Othman memaklumkan siasatan lanjut untuk mengenal pasti saki baki penjenah yang masih terlepas sedang dijalankan.

Penduduk di kawasan Putrajaya juga digalakkan untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di rumah terutamanya melibatkan kunci mangga, pintu jeriji, kamera litar tertutup CCTV dan sensor penggera.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membantu pihak polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat.

Sekiranya ada ingin membuat sebarang laporan atau mahu menyalurkan maklumat, boleh hubungi talian berikut:

  • IPD Putrajaya (Pusat Kawalan 24 Jam): 03 8886 2144/2145
  • Balai Polis Presint 7: 03 8886 2233/2234
  • Balai Polis Presint 11: 03 8889 2222
  • Balai Polis Cyberjaya: 03 8318 2222

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd