Now Reading
Cleaner Dapat Hadiah Jam Tangan Rolex Harga RM34,510, Majikan Rai Sempena 10 Tahun Berkhidmat

Cleaner Dapat Hadiah Jam Tangan Rolex Harga RM34,510, Majikan Rai Sempena 10 Tahun Berkhidmat

Majikan di Singapura ini menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai SGD10,000 (RM34,510) sebagai tanda menghargai perkhidmatan pekerjanya yang sudah genap 10 tahun.

Makcik Cleaner Dapat Hadiah Jam Tangan Rolex Dari Majikan, Harga RM34,510 Ya!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Boleh dikatakan hampir di semua tempat akan ada pekerja pembersihan yang memastikan tahap kebersihan seperti di pejabat dan restoran dijaga dengan baik.

Besar jasa mereka sebenarnya kerana zaman sekarang ini tak ramai yang mahu mengambil tugas sebagai pekerja pembersihan kerana segelintir masyarakat memandang rendah terhadap kerjaya ini.

BACA JUGA: Gaji Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Cecah RM10,000 Sebulan


Pekerja Pembersihan Dihadiahkan Jam Tangan Rolex Bernilai RM34,510 Dari Majikan Di Singapura

Ketika majlis makan malam tahunan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Singapura iaitu Paradise Group, pihak mereka telah menghadiahkan 100 buah jam tangan Rolex kepada kakitangan terpilih.

Satu jam tangan itu bernilai SGD10,000 (RM34,510) ya!

Salah seorang daripada penerimanya adalah wanita warga Singapura bernama Tan Ai Tee berusia 67 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.

Wanita tersebut yang tidak pernah memiliki jam tangan mahal itu sudah pastinya berasa gembira dan tersentuh dengan pemberian dari majikannya walaupun dia hanya bekerja secara sambilan.

Sumber: Mothership

Hadiah jam tangan itu diberikan sebagai tanda penghargaannya sudah berkhidmat kepada syarikat berkenaan selama 10 tahun.

Saya berasa sangat gembira dan terharu kerana majikan menghargai pekerjaan yang saya lakukan. Saya tak sangka yang pekerja sambilan boleh dapat hadiah jam tangan Rolex.

Tan Ai Tee.

Memetik sumber dari Mothership, wanita warga emas itu telah mula bekerja dengan majikan tersebut sejak dari 2013 sebagai pekerja di dapur sehingga restoran berkenaan terpaksa tutup pada tahun 2016.

Kemudian, dia menukar pekerjaan sebagai pekerja pembersihan di pejabat utama Paradise Group selama lima hari seminggu bermula jam 8:00 pagi sehingga 2:00 petang sahaja.

Selain pernah menerima jam tangan Rolex, Tan juga pernah menerima hadiah lain daripada majikannya termasuklah 2.5 gram jongkong emas Suisse selepas lima tahun berkhidmat dan lima gram jongkong emas lagi apabila sudah memasuki lapan tahun bekerja di syarikat itu.

BACA JUGA: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan

BACA JUGA: Kanak-kanak Kagum Dengan Abang Lori Sampah. Siap Ajak Bergambar!

BACA JUGA: [Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun


5 Cara Yang Boleh Dilakukan Oleh Majikan Untuk Hargai Pekerja Dalam Syarikat

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Antara cara-cara yang boleh dilakukan oleh majikan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja mereka adalah seperti:

  • Memberikan insentif bulanan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang positif.
  • Memberikan hadiah kepada mereka ketika sambutan ulang tahun hari jadi.
  • Sentiasa mengucapkan terima kasih dan memberi pujian atas segala kerja yang dilakukan dengan baik.
  • Memberi peluang kepada pekerja untuk melontarkan idea atau pendapat tentang sesuatu perkara.
  • Membawa pekerja melakukan aktiviti ‘outdoor’ di luar pejabat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan lagi hubungan.

Sebagai pekerja, sekecil-kecil penghargaan daripada majikan sangat memberi impak kepada diri mereka dan seterusnya mampu menaikkan produktiviti kerja menjadi lebih baik.

BACA JUGA: Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf

BACA JUGA: Bekerja Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Pakcik Ini Dapat Hadiah Pakej Umrah Dari Majikan [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd