Now Reading
Gaji Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Cecah RM10,000 Sebulan

Gaji Pemungut Sampah Di Singapura Bakal Cecah RM10,000 Sebulan

Cadangan tersebut merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Gaji kasar bulanan bagi pekerja pemungut sampah pada peringkat permulaan buat warga Singapura atau pemastautin tetap dijangka meningkat kepada S$3,260 (RM10,000) menjelang 2028, di bawah model gaji progresif baharu bagi sektor itu.

Perkara itu diumumkan selepas kerajaan Singapura menerima cadangan daripada Kluster Triparti bagi Pengurusan Sisa (TCWM) berkenaan model gaji baharu bagi sektor berkenaan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) pada Isnin (24 Januari).

Menurut National Trades Union Congress, jumlah gaji kasar bulanan merujuk kepada jumlah gaji asas bulanan, bayaran lebih masa, komisen, elaun dan bayaran tunai lain, dan sebelum potongan CPF pekerja.

Agensi berita Channel News Asia (CNA) melaporkan bahawa cadangan tersebut merangkumi keseluruhan sektor pembersihan sisa dan pemulihan material, termasuk mandatori bonus tahunan serta pembangunan kemahiran dan kerjaya.

Dijangka, sehingga 3,000 pekerja warga Singapura dan pemastautin tetap dalam sektor pengurusan sisa bersedia untuk mendapat manfaat daripada model gaji progresif baharu, kata MOM dan NEA.

Singapura.
(Kredit: Unsplash)

Di bawah unjuran itu, gaji asas bagi kumpulan tersebut sedia dinaikkan dari S$2,210 (RM6,887) pada Julai 2023. Seterusnya, jumlah itu akan dinaikkan sebanyak S$210 (RM654) setiap tahun sehingga 2028 apabila ia mencecah S$3,260 (RM10,160).

Peningkatan ini diterjemahkan kepada 48% dalam tempoh enam tahun.

Mengulas lanjut, gaji asas bagi pemandu kanan dalam bidang pembersihan sampah dijangka meningkat dari S$2,910 (RM9,069) pada 2023, kepada S$3,960 (RM12,341) menjelang 2028.

Bercakap mengenai kenaikan gaji, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) berkata bahawa kenaikan ini memberi peluang kepada pekerja bergaji rendah untuk mendapat tempat bersama-sama dengan pekerja di peringkat median.

Berkuat kuasa Januari 2024, pekerja juga sepatutnya menerima sekurang-kurangnya satu bonus tahunan sebulan gaji sekiranya mereka sudah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun dengan majikan masing-masing.

Bonus itu tidak terikat dengan prestasi kerja.

Ini membolehkan pihak majikan menarik minat dan mengekalkan pekerja pembersihan masing-masing, dan menghargai usaha mereka dengan menawarkan latihan bagi meningkatkan produktiviti.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA).

Untuk rekod, nilai pertukaran bagi Dolar Singapura dan Ringgit Malaysia adalah S$1 = RM3.12.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd