[Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun
Wanita itu dilihat sedang mengajar delegasi dari Jepun tentang cara untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Best juga kalau dapat berkomunikasi dalam pelbagai bahasa kan? Boleh bergaul dengan masyarakat tempatan sekiranya kita ke luar negara.
Dalam sektor pekerjaan pula, mereka yang mempunyai kemahiran berkomunikasi selain daripada bahasa Melayu dan Inggeris juga lebih berpeluang untuk diterima masuk sebagai pekerja.
Makcik cleaner lancar berbahasa Jepun sambil selit bahasa Inggeris
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang agak berumur dan bertugas sebagai pekerja pembersihan dilihat fasih berbahasa Jepun ketika di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Menerusi video 47 saat dimuat naik di laman Twitter (Fakta Bukan Auta), wanita yang sedang memegang mop itu sedang berbual dengan delegasi Jepun menggunakan bahasa Jepun dengan lancar.
Sambil berbual dalam bahasa Inggeris juga, wanita ini difahamkan mengajar delegasi berkenaan tentang cara untuk berbahasa Melayu dengan mudah.
Tahukah anda kadang ada orang dia bijak tapi tak berpeluang sambung pelajaran atas faktor tertentu.
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) August 19, 2022
Makcik cleaner Masjid Negara sdg ajar Bahasa Melayu kpd pelancong Jepun.
Salute!
📷 Hanafi Damanhuri pic.twitter.com/OcfzwFUgbM
Ramai terpukau dengar makcik cleaner fasih berbahasa Jepun
Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video tersebut memberi reaksi positif kerana kagum dengan kebolehan wanita itu berkomunikasi dengan gaya bersahaja menggunakan bahasa Jepun.
Ada yang mendakwa wanita tersebut merupakan bekas ‘tour guide’ dan juga pernah mengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Meskipun ramai yang keliru dengan pekerjaan terdahulu wanita tersebut, tetapi mereka masih kagum dengan kebolehannya berbahasa asing dengan baik.
Malah, ada juga yang memuji delegasi Jepun itu kerana meluangkan masa mendengar penjelasan daripada pekerja pembersihan.
Apa yang kita boleh belajar daripada video ini adalah untuk tidak memandang rendah kepada sesiapa pun dalam kalangan masyarakat.
Boleh jadi seseorang itu hanya bekerja sebagai pembantu di kedai makan tetapi mempunyai PhD. Tak mustahil kan?
BACA JUGA: Primary 6 Students From Chinese And Tamil Schools Must Score TP4-TP6 In BM To Enter Form 1
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.