Now Reading
Sarawak Masih Terima Surat Rasmi Dalam Bahasa Inggeris, Ini Sebabnya

Sarawak Masih Terima Surat Rasmi Dalam Bahasa Inggeris, Ini Sebabnya

Kerajaan Sarawak telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar utama sejak tahun 2015.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mewajibkan semua surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.

Peringatan itu ditujukan oleh beliau khusus buat syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang sering atau akan berurusan dengan pihak kerajaan.

Namun begitu, beliau berkata keputusan tersebut tidak bermakna kerajaan memperlekehkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris.

Baca Artikel Berkaitan: PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan


Sarawak Masih Terima Surat Rasmi Dalam Bahasa Inggeris

Terkini, Sarawak masih akan menerima surat rasmi dalam bahasa Inggeris walaupun Anwar Ibrahim baru-baru ini mengumumkan bahawa ianya perlu diutuskan menggunakan Bahasa Melayu.

Menjawab kepada pengumuman tersebut, Timbalan Setiausaha Sabah Datuk Ahemad Sade berkata mereka masih menerima surat dalam bahasa Inggeris sehingga perkara tersebut telah diteliti dengan lebih lanjut.

“Kita perlu teliti dahulu memandangkan keputusan menerima surat rasmi dalam bahasa Melayu sahaja dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

“Kepimpinan tertinggi Sabah akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan sama ada kita mahu mengikuti rakan penjawat persekutuan dalam hal ini,” katanya seperti dilaporkan The Borneo Post.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki turut berkata bahawa negeri Sarawak tidak akan mematuhi keputusan Kerajaan Persekutuan.

Tambah beliau, mereka akan terus menerima surat rasmi dalam bahasa Inggeris kerana ia merupakan salah satu bahasa komunikasi rasmi kerajaan di negeri itu.


Perlembagaan Persekutuan Perjelas Bahawa Perbicaraan Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak Boleh Guna Bahasa Inggeris

Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg sebelum ini telah menekankan nilai multibahasa ketika mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan kekal sebagai bahasa rasmi negeri manakala bahasa Melayu dalam sektor awam.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyiasat sama ada tindakan undang-undang bakal dikenakan sekiranya mengendahkan arahan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.

Menurut Abang Johari, Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa perbicaraan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, serta di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Rayuan boleh dijalankan dalam bahasa Inggeris, seperti yang dilaporkan oleh FMT.


Sarawak Guna Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sejak Tahun 2015

Untuk info, negeri Sarawak mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri telah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar utama sejak 2015 kerana perlembagaannya tidak mempunyai agama atau bahasa rasmi.

Memetik laporan Malay Mail, kenyataan itu adalah berdasarkan Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan Sabah dan Sarawak untuk memilih bahasa pilihan mereka sebagai medium komunikasi rasmi.

Baca Artikel Berkaitan: Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Baca Artikel Berkaitan: Sarawak Will Continue To Accept Official Letters In English – Here’s Why


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd