Now Reading
PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan

PM Wajibkan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Surat Rasmi Kerajaan

Peringatan itu ditujukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim khusus buat syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang sering atau akan berurusan dengan pihak kerajaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat dilihat apabila ia termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Ia juga bermaksud bahawa setiap individu perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama terutama jika terlibat dengan sebarang urusan rasmi kerajaan.

PM Arah Semua Surat Rasmi Yang Dihantar Menggunakan Bahasa Kebangsaan

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewajibkan semua surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.

Peringatan itu ditujukan oleh beliau khusus buat syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang sering atau akan berurusan dengan pihak kerajaan.

Surat Selain BM Akan Dipulangkan Semula

Malah, beliau turut menegaskan sekiranya surat rasmi yang dihantar tidak menggunakan bahasa kebangsaan, maka ia akan dipulangkan semula.

Tambah beliau, walaupun Bahasa Inggeris digunakan di medium perhubungan antarabangsa, masih terdapat beberapa agensi awam dan swasta yang dilihat cuba meninggalkan asas perlembagaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan ketika berhubung dengan jabatan kerajaan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan surat itu akan dipulangkan. Ini tidak akan menjadikan kita sempit.

“Saya tidak meremehkan (bahasa Inggeris) tetapi perlu mengakar di bumi berhubung pemerkasaan budaya dari sudut bahasa, sastera sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa.

“Jangan cuba remehkan, arahan jelas bahawa tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat, syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Untuk info, perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dapat dilihat melalui kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1971.

Malah, bahasa ini turut menjadi bahasa ilmu yang menjadi medium dalam pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia melalui Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).

Walau bagaimanapun, bangsa lain di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa perhubungan harian.

Sumber: Kosmo


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd