Now Reading
PDRM Siasat Kes Tular Pengguna TikTok Tawar Upah RM5 Juta Bunuh PM Anwar

PDRM Siasat Kes Tular Pengguna TikTok Tawar Upah RM5 Juta Bunuh PM Anwar

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, kes video ugutan bunuh itu akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang individu telah menawarkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang dapat membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Susulan itu, pihak polis pada ketika ini sedang giat menjalankan siasatan lanjut berhubung video ugutan bunuh terbabit yang tular sejak pagi semalam (26 November).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 57 KK dan Seksyen 233 KK, maklumat lanjut akan diberikan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Razarudin turut berkata maklumat lanjut mengenai laporan kes terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tular pengguna TikTok tawar RM5 kepada sesiapa yang menembak mati PM Anwar

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok menawarkan RM5 juta kepada sesiapa sahaja yang menembak mati Perdana Menteri, menteri dan ahli-ahli parti politik DAP.

Bagaimanapun, video terbabit dipercayai sudah dipadam atau dibuang daripada aplikasi tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, wakil AMK cabang Putrajaya telah membuat laporan polis berhubung video terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada jam 1.43 tengah hari semalam.

“Video dimuat naik di aplikasi TikTok oleh akaun Jaiadani89 itu telah membuat ugutan terhadap Perdana Menteri iaitu menawarkan habuan RM5 juta kepada sesiapa yang membunuh beliau,” katanya dipetik Harian Metro.

AMK gesa polis jalankan siasatan segera dan bertindak tegas

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan lanjut dengan segera dan bertindak tegas terhadap individu berkenaan yang dilihat telah menggugat keselamatan serta keharmonian negara.

Muhammad Kamil juga risau sekiranya perbuatan tersebut dibiarkan boleh menyebabkan lebih ramai individu bertindak sedemikian sekaligus mencetuskan budaya ekstremis.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd