Now Reading
Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Bahasa Melayu Jadi Bahasa Kedua Digunakan Di Mekah & Madinah

Ramai peniaga di Mekah dan Madinah belajar bahasa Melayu kerana lebih memudahkan urusan tawar- menawar dengan pelanggan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selalunya bila pergi ke luar negara, bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan dalam komunikasi oleh kedua-dua belah pihak.

Namun, lain pula yang berlaku di Kota Suci Mekah dan Madinah apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa kedua dalam percakapan dalam kalangan para peniaga.

Sumber: Kompas Internasional

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara, Prof. Datuk Dr. Aripin Said ketika beliau sedang mengerjakan umrah pada 6 Mac lalu.

Bahasa Melayu digunakan secara meluas di sini dan rasa seperti agak aneh, tetapi dalam masa yang sama kita rasa bangga.

Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara, Prof. Datuk Dr. Aripin Said.
Prof. Datuk Dr. Aripin Said. (Sumber: Negeri Pahang)

Penggunaan bahasa Melayu itu digunakan oleh peniaga pelbagai produk seperti permaidani, jubah, tasbih, buah-buahan dan sebagainya.

Perniagaan lebih laris

Menurut laporan, Aripin Said turut bercerita bahawa peniaga di Mekah dan Madinah sanggup belajar bahasa Melayu ini selepas urusan tawar-menawar dalam perniagaan menjadi lebih mudah.

Bangsa lain pula belajar bahasa Melayu untuk memudahkan urusan tawar-menawar harga barangan.

Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara, Prof. Datuk Dr. Aripin Said.
Sumber: Libur

Mereka juga menganggap bahawa bahasa tersebut sangat indah dan mudah dipelajari kerana sesuai dengan lidah semua bangsa.

Ada juga peniaga yang mengakui perniagana mereka lebih laris apabila menggunakan bahasa Melayu dalam kalangan pelanggan kerana ramai yang memahami bahasa ini.

Tokoh Bahasa dan Kebudayaan Melayu Nusantara, Prof. Datuk Dr. Aripin Said.

Juga bergelar Tokoh Wa­risan Orang Hidup Kebangsaan, Aripin menasihatkan masyarakat Malaysia yang masih tidak fasih berbahasa Melayu untuk menguasai sepenuhnya bahasa kebangsaan ini.

Sumber: Astro Awani

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd