Bekerja Lebih 10 Tahun, Majikan Hadiahkan Kereta Kepada Staf
Majikan syarikat pakaian itu menghadiahkan pekerja mereka sebuah kereta jenis Proton Saga sebagai tanda penghargaan berkhidmat melebihi 10 tahun kepada mereka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Bila seseorang ingin mencari pekerjaan, salah satu perkara yang akan diambil berat adalah tentang majikan serta persekitaran pejabat.
Dapat majikan dan kawan-kawan yang baik di pejabat itu pun satu rezeki juga kerana ada juga sesetengah individu yang stres bukan sebab bebanan kerja, tetapi persekitaran toksik.
BACA JUGA: Peguam Kongsi Langkah Untuk Pertahankan Hak Pekerja Dari Dipecat Majikan
Majikan Beri Hadiah Kereta Proton Saga Kepada Pekerja Rai Jasanya Berkhidmat Lebih 10 Tahun
Menerusi satu perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@kedaibaju7), seorang pekerja dikenali sebagai Cahyo Yan yang bekerja di sebuah syarikat pakaian berasa terharu selepas majikannya menghadiahkan sebuah kereta kepadanya.
Pemberian hadiah kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu itu diberikan kepada pekerja tersebut sebagai tanda penghargaan buat dirinya yang sudah berkhidmat kepada syarikat berkenaan melebihi 10 tahun.
Dalam video itu, pekerja berkenaan yang diminta untuk hadir ke Pusat Pameran Dan Jualan Proton agak terkejut dan terharu selepas mengetahui kereta yang dihiasi reben besar itu merupakan hadiah kepadanya.

Cahyo juga tidak dapat menahan sebak sehingga dia menutup mukanya di atas hud kereta kerana tidak menyangka akan mendapat hadiah yang cukup bermakna itu.
Video tersebut menraih 175,300 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Puji Cara Majikan Ini Hargai Pekerja Mereka
Di ruangan komen video itu, rata-rata netizen memuji cara majikan di syarikat pakaian itu memberi penghargaan kepada pekerjanya sebagai tanda membalas jasa setelah berkhidmat melebihi 10 tahun.
Ramai juga yang berpendapat perkara ini boleh dijadikan contoh kepada majikan lain di luar sana bagi menghargai staf mereka yang juga telah berkerja dalam tempoh agak lama.
Siap ada yang tanya sekiranya syarikat pakaian itu ada membuka peluang pekerjaan atau mencari staf baharu.
Bertuah betul dapat majikan yang baik macam ini kan?



Beberapa Majikan Lain Juga Pernah Beri Hadiah Kepada Staf Mereka
Sebelum ini, syarikat stesen minyak Petronas di Pendang, Kedah telah menghadiahkan seorang pekerjanya dikenali sebagai Yusuf sebuah pakej menunaikan ibadah umrah di tanah suci.
Syarikat tersebut memberikan hadiah pakej tersebut sebagai tanda menghargai kesetiaannya berkhidmat bersama stesen minyak tersebut selama 27 tahun.
Selain itu, pekerja-pekerja yang lain turut diberikan penghargaan dengan menerima bonus bulanan, pekerja terbaik bulanan dan banyak lagi.
BACA JUGA: Bekerja Selama 27 Tahun Di Stesen Minyak, Pakcik Ini Dapat Hadiah Pakej Umrah Dari Majikan [Video]
5 Cara Yang Boleh Dilakukan Oleh Majikan Untuk Hargai Pekerja Dalam Syarikat
Antara cara-cara yang boleh dilakukan oleh majikan untuk memberikan penghargaan kepada para pekerja mereka adalah seperti:
- Memberikan insentif bulanan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang positif.
- Memberikan hadiah kepada mereka ketika sambutan ulang tahun hari jadi.
- Sentiasa mengucapkan terima kasih dan memberi pujian atas segala kerja yang dilakukan dengan baik.
- Memberi peluang kepada pekerja untuk melontarkan idea atau pendapat tentang sesuatu perkara.
- Membawa pekerja melakukan aktiviti ‘outdoor’ di luar pejabat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengeratkan lagi hubungan.
Sebagai pekerja, sekecil-kecil penghargaan daripada majikan sangat memberi impak kepada diri mereka dan seterusnya mampu menaikkan produktiviti kerja menjadi lebih baik.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.