Now Reading
Tular Konten Selongkar Beg Sekolah Pelajar, Guru Mohon Maaf & Dedah Perkara Sebenar

Tular Konten Selongkar Beg Sekolah Pelajar, Guru Mohon Maaf & Dedah Perkara Sebenar

Guru wanita itu mengakui kesalahannya dan meminta maaf kerana menyelongkar beg pelajar tanpa meminta izin mereka terlebih dahulu.

Tular Konten Selongkar Beg Sekolah Pelajar, Guru Mohon Maaf & Dedah Perkara Sebenar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terdahulu, tular sebuah video yang dirakam dan dimuat naik di laman TikTok (@notqiwiie) oleh seorang guru wanita dikatakan menyelongkar beg sekolah millik pelajar-pelajarnya ketika ketiadaan mereka.

Dalam video tersebut, wanita itu menggeledah beg-beg tersebut dan mengeluarkan barang di dalamnya seperti bekas pensil warna, kad, bekas makanan, dan buku.

Bukan itu sahaja, guru berkenaan juga dilihat dengan selamba memakan ‘gummies’ yang dijumpai di dalam beg pelajarnya.

Tindakan yang dilakukan oleh guru wanita itu mendapat kecaman ramai kerana menganggap aksi itu seolah-olah tidak menghormati privasi pelajarnya.

BACA JUGA: [Video] Buat Konten Geledah Beg Sekolah Pelajar, Aksi Guru Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Sumber: Twitter @amuse_guele

Guru Wanita Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Susulan kejadian itu, guru tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram (@qiwiie) miliknya semalam (21 Jun).

Guru yang dikenali sebagai Shi Qi itu turut meminta maaf kepada ibu bapa dan mereka yang tersinggung dengan video terbaharunya yang dirakam ketika waktu rehat murid-murid.

Jelasnya lagi, video tersebut dilakukan khas untuk konten berbayar bagi ‘gummies’ jenama Scott’s.

Saya sendiri yang masukkan ‘gummies’ dalam beg mereka sebelum merakam video. Saya selongkar beg mereka, keluarkan ‘gummies dan memakannya.

Shi Qi.

Dalam video-video sebelumnya, dia telah meminta izin daripada ibu bapa murid terlibat untuk memuat naik wajah anak mereka di media sosial.

Namun, videonya menyelongkar beg murid-muridnya itu dilakukan tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada mereka.

Saya tak minta izin mereka terlebih dahulu untuk membuka beg kerana menggunakannya sebagai ‘props’. Saya terlepas pandang perkara ini dan sedar kesalahan saya. Saya benar-benar menyesal.

Shi Qi.

Menurut Shi Qi, dia sudah memadam video berkenaan 20 minit selepas dimuat naik di akaun media sosial miliknya selepas ditegur oleh beberapa netizen tentang kesalahannya.

Walau bagaimanapun, dia agak kesal apabila segelintir netizen memuat turun video berkenaan dan memuat naiknya semula dan tular di media sosial.

Shi Qi juga mengakui dia masih baru dalam mencipta konten dan akan menjadikan kejadian yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd