Now Reading
[Video] Buat Konten Geledah Beg Sekolah Pelajar, Aksi Guru Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

[Video] Buat Konten Geledah Beg Sekolah Pelajar, Aksi Guru Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Guru yang mengajar di sekolah swasta itu dikatakan merakam video sambil menggeledah beg pelajar-pelajarnya ketika ketiadaan mereka di dalam kelas dan memuat naik video berkenaan di laman TikTok miliknya.

Guru Buat Konten Selongkar Beg Pelajar Dipertikai Oleh Netizen, Siap Makan 'Gummies' Murid!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Dengan adanya platform media sosial, pelbagai jenis konten yang dimuat naik oleh para pengguna untuk dikongsikan kepada para pengikut mereka. Walaupun pengguna bebas untuk mencipta konten tersendiri, tetapi itu tidak bermakna anda boleh mengambil mudah tentang privasi seseorang.

Perkara ini dikatakan berlaku kepada para pelajar di sebuah sekolah swasta di Malaysia.


Guru Sekolah Swasta Selongkar Beg Pelajar Tanpa Keberadaan Mereka Di Sekelilingnya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di laman Twitter (@amuse_guele), wanita ini menunjukkan aksi seorang guru wanita yang dipercayai mengajar di sekolah swasta menyelongkar beg milik pelajar-pelajarnya.

Dalam video itu, wanita itu menggeledah beg-beg tersebut dan mengeluarkan barang di dalamnya ketika ketiadaan pemiliknya. Antara barangan yang diselongkar adalah bekas pensil warna, kad, bekas makanan, dan buku.

Bukan itu sahaja, guru tersebut juga dilihat dengan selamba memakan ‘gummies’ yang dijumpai di dalam beg pelajarnya.

Video asalnya telah dimuat naik oleh guru itu sendiri menerusi aplikasi TikTok miliknya (@notqiwiie) dengan jumlah pengikut 1.5 juta tetapi telah dipadam. Walau bagaimanapun, video berkenaan telah disebarkan menerusi WhatsApp.


Netizen Pertikai Tindakan Guru Wanita Ini Yang Menyelongkar Beg Pelajar-pelajarnya

Tindakan yang dilakukan oleh guru wanita tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas melihat video itu.

Segelintir netizen mengecam perbuatan berkenaan kerana menganggap aksi itu seolah-olah tidak menghormati privasi pelajarnya.

Namun, ada pula yang memberi pendapat bahawa video tersebut mungkin dilakukan untuk mempromosikan ‘gummies’ jenama Scott’s kerana ia ditunjukkan sebanyak dua kali.

Sementara itu, sebahagian netizen pula berpendapat tindakan guru terbabit tidak menimbulkan perkara yang serius.


Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara Di Malaysia

Memetik dari sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Dasar Pelindungan Kanak-kanak Negara telah diwujudkan sebagai strategi dan aktiviti untuk mencegah serta bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap golongan tersebut.

Definisi eksploitasi boleh merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang memberi faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain dan boleh mengancam kesejahteraan fizikal, psikologikal mahupun kelangsungan hidup mereka.

BACA JUGA: “Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online

BACA JUGA: “Ibu Tak Ada Duit” – Luahan Murid Selepas Terima Kasut Sekolah Baru Pemberian Guru Undang Rasa Sebak

BACA JUGA: Cadangan Presiden PIBG Mahu Inisiatif Latih Cuci Tandas Sekolah Dimulakan Pelajar Bermasalah Dikritik Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd