“Ibu Tak Ada Duit” – Luahan Murid Selepas Terima Kasut Sekolah Baru Pemberian Guru Undang Rasa Sebak
Guru itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Guru ibarat ibu bapa kedua kepada para murid di sekolah kerana mereka juga diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak dengan memberi pendidikan.
Tenaga pengajar di sekolah bukan sahaja mendidik, malah ramai juga yang tetap menjaga kebajikan para murid ibarat anak-anak mereka sendiri.
Terdahulu, seorang guru di Kedah berkongsi rezeki dengan memenuhi permintaan 30 orang anak muridnya yang ingin menikmati hidangan KFC.
Guru yang dikenali sebagai Ismaniza Fahida Ismail ini berjanji dengan 30 orang anak muridnya untuk belanja makan jika mereka hadir ke sekolah dan menyiapkan kerja yang diberikan.
Bila sampai di KFC cawangan Baling, Kedah, wajah masing-masing nampak sangat teruja sampai ada yang berketar tangan kerana terlalu gembira.
BACA JUGA: [Video] Guru Belanja 30 Anak Murid KFC. Sebak Bila Ada Yang Pertama Kali Makan
Sebak Tengok Kasut Murid Sudah Rabak, Cikgu Hadiahkan Yang Baharu
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok (@TcerNana), seorang guru dilihat menghadiahkan kasut sekolah baharu kepada anak-anak muridnya di sekolah.
Guru yang dikenali sebagai Teacher Nana itu meluahkan rasa sebak selepas melihat keadaan kasut anak muridnya yang berwarna hitam sudah lusuh, pudar dan terkoyak di beberapa bahagian.

Disebabkan itu, dia membuat kejutan dengan menghadiahkan sepasang kasut baharu jenama All America kepada dua orang anak muridnya.
Dalam video itu, kedua-dua murid tersebut menunjukkan reaksi yang sangat teruja selepas menerima hadiah kasut baharu pemberian guru mereka.
Salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa saiz kasutnya agak besar menyebabkan sepatu itu agar longgar ketika disarung.
Namun, dia tetap bersyukur dengan hadiah yang diterimanya itu kerana difahamkan ibunya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikannya sepasang kasut baharu.
@tcer.nana @ALLAMERICASHOE boleh sponsor sekolah saya tak? Hehehehe #tcernana
♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Ramai Sebak Bila Dengar Kata-kata Yang Keluar Dari Mulut 2 Orang Murid Itu
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa sebak selepas mendengar luahan oleh murid-murid tersebut apabila ditanya mengapa tidak menggantikan kasut yang sudah lusuh itu.
Antara kata-kata yang membuatkan ramai sebak adalah apabila mereka tetap bersyukur menerima kasut baharu walaupun sedikit longgar dan menjelaskan ibunya tidak mempunyai wang untuk membeli yang baru.
Ucapan syukur ‘Alhamdulillah’ oleh murid berkenaan juga membuatkan keadaan bertambah sebak.
Terharu melihat kebaikan guru tersebut, ramai netizen memuji dan mendoakan agar cikgu itu dimurahkan rezeki serta semoga jasanya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar.



Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.