Now Reading
“Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online

“Cikgu, Mengantuklah…” – Guru Luah Rasa Sedih Murid Tak Faham & Bosan Masa Kelas Online

Guru subjek akaun ini terdiam buat seketika selepas anak muridnya mengadu mengantuk ketika sesi pengajaran.

cikgu sedih anak murid mengantuk waktu mengajar

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menjadi seorang pendidik ini bukanlah satu tugas yang mudah. Nampak macam senang tapi hanya mereka sahaja tahu betapa banyaknya cabaran yang perlu dihadapi sebagai seorang pendidik.

Nak jadi tenaga pengajar perlu ada tahap kesabaran yang sangat tinggi kerana setiap murid ada ragam masing-masing.

Sebagai guru, sudah semestinya mereka akan buat yang terbaik untuk memastikan para pelajar memahami ilmu yang ingin disampaikan.

BACA JUGA: [Video] Cara Guru Ini Ajar Murid Sekolah Rendah Tentang Pendidikan Seksual Dipuji Netizen

Cikgu terkedu anak murid mengadu bosan dan tak faham masa kelas online

Baru-baru ini, seorang guru berkongsi kisah di laman Twitter (Omar Faayiz) ketika dia sedang mengajar subjek akaun pada waktu malam.

Guru yang dikenali sebagai Omar Faayiz itu menceritakan apabila salah seorang muridnya mengadu tidak faham dan mengantuk semasa sesi pembelajaran. Mendengar luahan muridnya itu membuatkan guru berkenaan terdiam buat seketika.

Sebagai pendidik, perkara ini membuatkan Omar terfikir sama ada cara pengajarannya itu membosankan atau dia masih belum memberikan yang terbaik kepada murid-muridnya.

Orang ramai beri kata-kata semangat kepada guru ini

Orang ramai turut membalas ciapan tersebut dengan memberikan reaksi yang berbeza-beza dan positif. Ada juga tenaga pengajar memahami situasi yang dikongsikan oleh lelaki ini apabila berdepan situasi di mana murid-murid kurang faham dalam sesuatu subjek.

Malah, ada juga yang berkongsi beberapa tips untuk menjadikan sesi pengajaran lebih menarik untuk para pelajar mereka.

Kepada cikgu-cikgu di luar sana, semoga anda diberi ganjaran pahala yang banyak kena telah berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak murid.

Tidak kiralah anda mengajar secara fizikal atau atas talian, percayalah anda mampu sudah cuba yang terbaik.

BACA JUGA: [Video] Guru Kongsi Prinsip 5P Ketika Mengajar Kanak-kanak Berpendidikan Khas


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd