Now Reading
[Video] Mat Saleh Terpaksa Jalani Rawatan Pergigian Selepas Cuba Kupas Buah Kelapa Guna Gigi

[Video] Mat Saleh Terpaksa Jalani Rawatan Pergigian Selepas Cuba Kupas Buah Kelapa Guna Gigi

Tindakan mat saleh itu yang cuba mengupas buah kelapa menggunakan gigi telah menyebabkan sebahagian kecil satu batang gigi hadapannya patah.

[Video] Mat Saleh Terpaksa Rawat Semula Gigi Di Klinik Lepas Cubaan Buka Buah Kelapa Guna Gigi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Setiap buah-buahan ada cara tersendiri untuk mengupasnya. Ada yang boleh dikupas dengan hanya menggunakan tangan, alatan tajam dan sebagainya.

Sebagai contoh, buah kelapa perlulah dipotong menggunakan parang manakala buah pisang pula boleh dikupas menggunakan tangan sahaja.

Kalau salah cara kupasannya, takut nanti membahayakan diri pula seperti mana yang berlaku kepada seorang mat saleh yang menetap di Malaysia.


Mat Saleh Gigit Buah Kelapa Guna Gigi Hingga Giginya Retak

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang mat saleh di laman TikTok miliknya (@alexey.brock), lelaki tersebut menceritakan pengalamannya apabila dia terpaksa mendapatkan rawatan di klinik pergigian selepas cubaan untuk membuka buah kelapa menggunakan gigi tidak berjaya.

Dia sempat tunjuk lagi ya bekas gigitannya menggunakan gigi pada permukaan buah kelapa tersebut.

Tindakannya itu telah menyebabkan sebahagian kecil sebatang gigi hadapannya patah.

Bagi merawat semula kerosakan pada giginya, Alexey terpaksa berkunjung ke sebuah klinik gigi sambil membawa buah kelapa yang digigitnya untuk ditunjukkan sebagai bahan bukti.

Sumber: TikTok @alexey.brock

Dengan bantuan doktor gigi di klinik tersebut, Alexey berjaya membetulkan semula giginya.

Sebelum mengakhiri video, seorang penjual minuman buah kelapa juga menunjukkan cara yang sebetulnya untuk mengupas buah kelapa iaitu dengan menggunakan parang, dan bukannya gigi.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 449,700 tontonan setakat artikel ini ditulis.

@alexey.brock

⛔️⚠️Stay safe and be careful with your gigi. #kelapa #problem #gigi #doctor #Malaysia

♬ original sound – Alexey.brock

Gelagat Mat Saleh Cuba Buka Buah Kelapa Dengan Cara Gigit Guna Gigi Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, ramai netizen yang berdekah kerana terhibur melihat gelagat mat saleh itu cuba membuka buah kelapa menggunakan gigi.

Tak pernah dibuat orang. Terfikir juga, dari manalah dia belajar cara tersebut ya.

Siap ada yang bergurau kononnya menyuruh mat saleh itu menggunakan teknik sama untuk membuah buah durian pula.


Proses Saintifik Tentang Penghasilan Air Buah Kelapa

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera merupakan tumbuhan berbunga spesies Angiosperma yang mempunyai debunga dari bunga jantan dan ovari dari bunga betina.

Proses persenyawaan yang berlaku antara bunga jantan dan bunga betina di dalam buah kelapa akan menghasilkan embrio.

Sumber: Hello Sehat

Embrio tersebut pula akan bercambah membentuk akar dan daun. Jadi, endosperma akan menjalankan tugasnya untuk melindungi dan memberi zat kepada percambahan embrio tersebut.

Senang cerita, endosperma itu sebenarnya adalah isi kelapa dan air kelapa yang terhasil pula adalah endosperma dalam bentuk cecair.

Mesti ramai yang baru tahu kan?

BACA JUGA: Macam Mana Air Masuk Dalam Buah Kelapa? Ini Proses Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

BACA JUGA: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd