Buat Konten Ketika Solat, Peguam Syariah Tegur Video Influencer Melawak Ketika Terawih
Influencer bersama rakannya melakonkan semula aksi mereka berdua terpijak kain ketika sedang menunaikan Solat Sunat Terawih bersama-sama.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kalau anda scroll video di media sosial, ramai yang suka buat konten kelakar untuk menarik perhatian netizen. Sehinggakan ada yang sanggup untuk melakukan perkara memalukan demi mengejar populariti.
Tak salah nak buat konten apa sekali pun tetapi beringatlah untuk menjaga sensitiviti kaum dan agama yang lain.
Terdahulu, seorang lelaki berbangsa Cina dilihat mempersenda laungan azan ketika ia berkumandang di dalam radio kereta.
Tindakan provokasi oleh pemuda itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya masyarakat beragama Islam.
BACA JUGA: Didakwa Persenda Azan Dalam Radio Kereta, Pemuda Buat Permohonan Maaf
BACA JUGA: Video Hina Agama Islam: Merdekarya Bongkar Kisah ‘Pahit’ Dengan Pasangan Alex & Amy
Influencer Buat Video Melawak Ketika Wanita Sedang Solat Berjemaah
Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@norreen1443_) oleh seorang influencer apabila dia melakonkan semula adegan ketika jemaah wanita Solat Sunat Terawih bersama rakan-rakan.
Dalam video tersebut, dia bersama seorang lagi rakannya menunaikan solat berjemaah tetapi ada sahaja perkara yang berlaku seperti terpijak kain telekung orang sebelah.
Keadaan itu yang beberapa kali terjadi menyebabkan mereka berpura-pura bergaduh antara satu sama lain.
Video tersebut menyebabkan ramai terhibur dengan aksi yang dilakonkan dan menyatakan mereka juga pernah berdepan situasi sama.
Peguam Syariah Tegur Video Melawak Oleh Influencer Tentang Solat
Video tersebut yang telah tular telah mendapat perhatian seorang peguam syariah dan belau dilihat tampil memberi pandangan terhadap aksi tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter (@RafiCounsel).
Menurutnya, ada perkara yang boleh dibuat sebagai jenaka tetapi haram hukumnya jika umat Islam mempersendakan tentang ibadah solat.
Hal ini sejajar dengan sabda Nabi Muhammad SAW dari hadis riwayat Abu Daud iaitu “Celakalah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya”.
Dalam pada itu, Allah SWT juga melarang umatnya untuk menjadikan agama dan ibadah sebagai permainan serta perkara yang menghiburkan.
Perkara ini telah disebut di dalam Surah An’am ayat ke-70:
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).
Sementara itu, perkara sama turut dilarang seperti mana dinyatakan di dalam Surah At-Tawbah ayat ke-65:
وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Maksudnya: Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”
Tidak dinafikan, perkara yang ditunjukkan di dalam video tersebut sememangnya berlaku kepada segelintir wanita ketika mereka menunaikan solat berjemaah.
Tetapi apabila ia dilakonkan semula untuk meraih perhatian orang ramai, perkara itu tidak dibenarkan. Malah, al-Quran juga telah menyatakan bahawa kita perlu menjauhi perbuatan mempermainkan agama.
Ada benda kita boleh nak melawak tapi perkara berkaitan ibadat macam ni hukumnya haram.
— ~Muhammad Syarafi~ ™️ (@RafiCounsel) April 6, 2023
Nabi S.A.W bersabda: “Celakalah orang yang berbicara dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya” (Abu Dawud)
Nauzubillah. 🤲🏻 https://t.co/6lMJsXvlka
Semoga perkara ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak menjadikan ibadah dan agama sebagai bahan jenaka untuk ditertawakan.
Tidak salah untuk membuat konten, tetapi biarlah terhindar daripada perkara yang boleh menggugat sensitiviti masyarakat lebih-lebih lagi apabila Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum serta agama.
BACA JUGA: Umat Islam Ikut Perarakan Kuil Ketika Thaipusam, Boleh Ke? Ini Respon Mufti
BACA JUGA: Selepas JAWI, Polis Pula Siasat Video Wanita Buka Tudung & Baju Lepas Mengaku Hafal Al-Quran
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.