Now Reading
Nak Tengok Perarakan Hari Kebangsaan? Ini Panduan Untuk Ke Dataran Merdeka Naik LRT & MRT

Nak Tengok Perarakan Hari Kebangsaan? Ini Panduan Untuk Ke Dataran Merdeka Naik LRT & MRT

Stesen LRT yang paling dekat dengan Dataran Merdeka adalah stesen LRT Masjid Jamek.

Tak Sabar Nak Tengok Perarakan Hari Kebangsaan? Ini Panduan Untuk Ke Dataran Merdeka Dengan LRT & MRT

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selepas beberapa tahun Hari Kemerdekaan tidak dapat disambut dengan meriah akibat pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia, akhirnya pada sambutan ke-65 tahun ini acara tersebut kembali diadakan.

Bagi 31 Ogos tahun ini, Dataran Merdeka akan menjadi lokasi tumpuan masyarakat bagi menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Walaupun acara berkenaan belum lagi dilakukan secara rasmi, tetapi ramai yang teruja dapat melihat raptai tersebut di kawasan sekitar Kuala Lumpur.

BACA JUGA: [Video] “Terbaik Lah!” – Ramai Teruja Tengok Kereta Kebal Buat Aksi Wikang Ketika Raptai Hari Kebangsaan

Panduan pergi ke Dataran Merdeka dengan LRT & MRT untuk tengok perarakan Hari Kebangsaan

Pada 31 Ogos, beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada acara Hari Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.

BACA JUGA: 18 Jalan Sekitar KL Ditutup Mulai 26 Ogos Untuk Raptai Hari Merdeka

Jadi, anda digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam untuk bergerak ke lokasi tersebut bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Sumber: Berita Harian

Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna TikTok (@mekbungo30), wanita ini berkongsi beberapa panduan kepada orang ramai bagi mereka yang ingin hadir ke Dataran Merdeka esok bagi menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan.

Antara tips yang dikongsikan adalah:

  • Elakkan bawa stroller kerana ruang amat terhad dan sesak dengan orang ramai.
  • Bawa kipas mini dan benda Jalur Gemilang untuk dikibarkan.
  • Gunakan pengangkutan awam untuk datang ke Dataran Merdeka.
    • Boleh turun di LRT Bandaraya berhampiran Sogo.
    • Boleh turun di KTM Bank Negara.
    • Boleh turun di LRT Masjid Jamek (stesen yang paling hampir dengan Dataran Merdeka).
    • Kepada yang naik MRT, boleh tukar laluan di stesen MRT Pasar Seni dan ambil laluan Kelana Jaya menuju ke stesen Masjid Jamek. Atau, boleh turun di MRT Merdeka dan tukar tren ke laluan Sri Petaling menuju ke stesen Masjid Jamek.

Antara tips lain yang berguna untuk mereka sebelum bergerak bagi melihat perarakan ini adalah untuk sarapan terlebih dahulu dan jangan lupa bawa payung juga ya.

Kalau tiada tempat redup, sekurang-kurangnya ada payung untuk kita berteduh, betul tak?

@mekbungo30

Ramai komen tanya kenapa tak turun LRT Masjid Jamek tp turun Bandaraya /Sogo /KTM Bank Negara.. Tgok video ni,sis bwk anak2 kecik,so kat sini je paling easy access if bwk kids plus tmpt ni redup hehehe.Lepas habis perbarisan boleh masuk sogo minum air. hehe ! semoga membantu!! #sambutanharikemerdekaan #raptaimerdeka2022 #merdeka2022 #malaysia #merdeka #fyp #raptaimerdeka

♬ Gemuruh (Live) – Faizal Tahir

Kepada mereka yang akan ingin ke Dataran Merdeka esok, rancang perjalanan anda sebaik mungkin untuk elak kesesakan dan terlepas dari melihat acara tahunan ini.

Ambil gambar banyak-banyak dan kongsi dengan kami juga okay?

BACA JUGA: 12 Promosi Makan & Minum Yang Best Sempena Hari Merdeka. Jom Serbu!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd